Apabila menara tertinggi di dunia sekarang ini di UAE iaitu Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 828 meter dibuka pada tahun lepas, dunia terkejut dengan ukuran yang luar biasa, sementara beberapa mempunyai keraguan tentang keselamatannya.
Namun, perhatian dunia terhadap menara itu mungkin tidak berlangsung lama kerana ada sebuah lagi yang lebih besar iaitu dua kali ganda pula ketinggian Burj Khalifa, yang akan dibina di Arab Saudi. Keluarga Kerajaan Saudi baru-baru ini mengumumkan rancangan berani untuk membina "Kingdom Tower" (Mile High Tower) setinggi 1.6km (5,280 kaki), menurut laporan berita.
Ia akan dibina berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Jeddah sebagai pusat dari sebuah bandar yang mempunyai penduduk baru seramai 80,000 orang.
Pada ketinggian itu, akan mengambil kira-kira 12 minit untuk sampai ke puncak dengan lif. Kingdom Holding Company, yang dimiliki oleh keluarga diraja Saudi, akan membiayai projek tersebut. Syarikat ini juga ada memegang saham Apple, McDonald dan Amazon.
Adrian Smith + Gordon Gill Architecture (AS + GG), sebuah firma senibina dan reka bentuk yang berpusat di Chicago, diupah untuk projek tersebut. Syarikat ini jugalah yang telah merekabentuk Burj Khalifa. Tetapi ada ura-ura mengatakan ianya belum secara rasmi lagi.
Menara Kingdom Tower setinggi 275 tingkat ini dijangka menelan kos sekitar $30 billion. Setelah selesai, menara ini akan menjadi tuan rumah banyak hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Sumber - The Korea Herald, 12 April 2011
*Update 3 Ogos 2011
Bilionair Arab Saudi Putera Alwaleed Talal menandatangani kontrak AS$1.23 bilion (RM3.6 bilion) dengan syarikat pembinaan Bin Laden Group. Ia akan siap dibina dalam lima tahun.
Sumber - The Korea Herald, 12 April 2011
*Update 3 Ogos 2011
Bilionair Arab Saudi Putera Alwaleed Talal menandatangani kontrak AS$1.23 bilion (RM3.6 bilion) dengan syarikat pembinaan Bin Laden Group. Ia akan siap dibina dalam lima tahun.
Di bawah ini gambar menara-menara tertinggi dunia sebelum ini. Menara berkembar Petronas (nombor 3) hanya lebih kurang separuh ketinggian Burj Khalifa (nombor 7). Bayangkan Menara Petronas itu dibandingkan dengan menara Kingdom Tower nanti, lebih kurang ketinggian di kaki bangunan itu saja.
Cita-cita untuk mendirikan bangunan yang akan mencakar langit ini sememangnya adalah cita-cita Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s dulu lagi. Dan ianya ada disebut dalam kitab Perjanjian Lama iaitu kitab yang asalnya adalah kitab Taurat yang telah diubah suai. Maka usaha-usaha untuk merealisasikan cita-citanya diteruskan oleh pewaris-pewarisnya hingga sekarang.
Sila baca juga tajuk Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati untuk mengetahui kisah sejarah yang berkesinambungan sehingga kini itu.
~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~
hmmmm.. mengapa sejak dua menjak ni bangunan yg tinggi2 tertumpu di Timur Tengah aja ya? pasti ada agenda tertentu..good sharing Pak Unik.. terima kasih
BalasPadamhmmmm.. mengapa sejak dua menjak ni bangunan yg tinggi2 tertumpu di Timur Tengah aja ya? pasti ada agenda tertentu..good sharing Pak Unik.. terima kasih
BalasPadam