Berita Terkini

Trio Datuk T didenda RM5,500, buat korek hidung je duit sebanyak tu

Trio Datuk T didenda rm5,500
Bagi seorang yang berpangkat Datuk, setakat dikenakan denda RM3,000 , RM1,500 dan RM1,000, nilainya seperti mereka guna duit kertas tu untuk korek hidung saja.

Apa nak takut, lain kali boleh ulang dan ulang dan ulang lagi. Adakah itu hukuman yang setimpal bagi mereka-mereka yang mengedarkan bahan lucah, apalagi mereka-mereka itu berpangkat Datuk?

Sedangkan saya tengok, hukuman-hukuman ke atas pesalah lain, walaupun ada antaranya yang tidak kaya mana, tetapi sampai berpuluh-puluh ribu denda, ataupun dipenjara bertahun-tahun.

Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim didenda RM1,500 atau dua bulan penjara manakala Tan Sri Rahim Tamby Chik denda RM1,000 atau penjara sebulan.

Shazryl Eskay, seorang ahli perniagaan dan Shuib, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), pagi tadi mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video seks individu didakwa mirip ketua pembangkang secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara Abdul Rahim, bekas Ketua Menteri Melaka pula mengaku bersalah bersubahat dengan Shazryl dan Shuib menayangkan video berkenaan.

Tentang video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim, “Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim,” kata Abdul Rahim.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Apa yang ketara nampaknya, BN akan cuba untuk masukkan Anwar Ibrahim ke penjara juga sebelum mengadakan pilihanraya umum, kerana DSAI adalah penggugat kedudukan mereka yang utama. Seperti mana yang dilakukan juga di negara-negara luar termasuklah Turki dan Amerika Syarikat akhir-akhir ini, dengan membawa kes video seks.


[Malaysian Insider , Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.