Berita Terkini

Remaja China jual buah pinggang untuk membeli iPad 2

ipad 2
Seorang remaja di China berkeinginan sangat untuk membeli iPad 2 hingga sanggup menjual satu dari buah pinggangnya dengan harga £2,000 (RM9,874) sahaja.

Budak umur 17 tahun yang dikenali sebagai 'Zheng' (memang jeng lah Zheng ni) mengaku kepada emaknya dia menjual buah pinggangnya setelah melihat ada iklan dalam internet yang menawarkan wang tunai bagi sesiapa yang ingin menjual organ tubuh.

"Saya ingin membeli iPad 2, tapi saya tidak memiliki wang," budak lelaki itu memberitahu Shenzhen TV di wilayah selatan Guangdong.

Perniagaan organ 'online' telah menjadi satu amalan di China, walaupun kerajaannya sudah cuba untuk membasmi.

Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih dari sejuta orang di China memerlukan pemindahan organ setiap tahun, tapi kurang dari 10,000 yang menerimanya, menjadikan perdagangan pasaran gelap organ tidak dapat dikawal, dan ia memperkayakan broker, doktor dan pegawai kerajaan yang korup.

Remaja lelaki itu, yang telah menderita komplikasi selepas pembedahan, telah pulang ke rumah tetapi tidak dapat menyimpan rahsia itu dari ibunya.

"Ketika dia kembali, dia mempunyai laptop dan handset Apple baru," ibunya, yang dikenali sebagai Miss Liu, berkata kepada stesen TV, sambil mempamerkan bekas luka merah di mana buah pinggang anaknya dibuang, "saya ingin tahu bagaimana dia punya begitu banyak wang dan dia akhirnya mengakui bahawa dia telah menjual salah satu buah pinggangnya."

Produk Apple seperti iPhone dan iPad berada dalam permintaan besar di China, dan dilihat sebagai lambang kekayaan dan kecanggihan oleh pelanggan muda.

[Telegraph.co.uk]

3 ulasan:

  1. Kenapa lah sanggup mengorbankan buah pinggang hanya untuk memiliki iPad 2 - sebuah gadget. Bukan nya kekal pun benda tu. Pasti akan datang keluar pulak produk2 lain yang lebih canggih.

    Kesian pulak kenangkan remaja ni. Kepingin sangat nak punya i-Pad sampaikan hilang pertimbangan. Pasti ada kesan sampingan dari kehilangan buah pinggang tu. Haizzz...

    BalasPadam
  2. Tu lah , kesian. Mungkin pengaruh rakan-rakan lah ni, yang masing-masing gila nak menunjuk-nunjuk dan bergaya, sampai budak tu jadi kemaruk.

    Dunia ini MENYIHIRKAN, hingga boleh jadikan seseorang itu terpukau.

    "Takutilah dunia, kerana dunia itu lebih MENYIHIRKAN dari Harut dan Marut." (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunya dan AlBaihaqi - Hadith Mursal)

    BalasPadam
  3. Tu lah , kesian. Mungkin pengaruh rakan-rakan lah ni, yang masing-masing gila nak menunjuk-nunjuk dan bergaya, sampai budak tu jadi kemaruk.

    Dunia ini MENYIHIRKAN, hingga boleh jadikan seseorang itu terpukau.

    "Takutilah dunia, kerana dunia itu lebih MENYIHIRKAN dari Harut dan Marut." (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunya dan AlBaihaqi - Hadith Mursal)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.