Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » » Penggunaan bahasa kesat semakin menjadi-jadi dalam internet

Beberapa isi di bawah ini adalah 'repost' tulisan yang saya pernah tulis dulu dalam sebuah blog lain. Perkara ini perlu saya ungkitkan kembali kerana saya tengok semakin menjadi-jadi lagi komen-komen yang menggunakan bahasa-bahasa KESAT dari tukang-tukang komen blog terutamanya dari tukang komen yang mengaku dirinya ISLAM.

Saya tengok semakin sedap sekarang ini mereka-mereka ini mengutuk dan mencaci maki orang lain. Pantang ada kesilapan yang orang lain lakukan sikit, terus lah komen-komen celupar ini berleluasa. Saya nak tanya, orang-orang yang komen itu baik sangat ke akhlak nya? Nabi ada ajar kita kutuk-mengutuk sesama Islam ke? Kita nak menegur KESALAHAN orang lain dan dalam masa yang sama kita sendiri membuat KESALAHAN.

Pernah saya titik-beratkan dulu, kalau kita nak dakwah atau nasihat orang lain pun, apa tujuan kita dakwah dan nasihat itu?  Untuk melepaskan geram? Sakit hati tengok orang lain senang? Sekadar nak menunjuk baik?

Saya juga pernah sebutkan dulu, dakwah para nabi a.s dan sahabat r.a dilakukan adalah kerana tanggungjawab menjalankan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Kemudian kerana sayang kan sesama saudara kita dan tidak mahu kita tengok saudara kita yang lain berada dalam dosa yang akan menyusahkan dirinya sendiri kelak.

Saya nak tanya anda, anda kutuk-mengutuk orang lain, cuba nasihat orang lain tu kerana anda sayangkan mereka kah? Tepuk dada tanya iman anda. 


Repost

Penggunaan bahasa kesat, mencarut, mencaci maki yang melampau di internet yang dilakukan oleh bangsa asing seperti orang Amerika dan sebagainya adalah perkara biasa sebelum ini. Tetapi jika kita perhatikan sekarang, bangsa dan orang-orang yang mengaku beragama Islam sendiri pun sudah mulai menunjukkan taring dengan berkelakuan sedemikian. Mentang-mentang lah orang tidak nampak dan tahu identitinya. Ini lah yang dinamakan ‘hero kampung’ atau dalam istilah maya disebut 'Keyboard warrior', lantang suara di belakang tetapi apabila bersemuka, kecut perut lari.  :-)

Ini kerana ada sebilangan orang yang saya kenal pun, kelihatan komen-komennya dalam internet punyalah berapi-api, kutuk sana kutuk sini, tetapi apabila berdepan dengan orang lain di luar, dia sebenarnya penakut dan tidak pandai bercakap sangat pun! Perangai apa gitu?

Biasa yang saya tengok, dalam ruangan komen di blog-blog, laman video seperti Youtube dan forum-forum penuh dengan komen-komen yang tidak sopan dan celupar. Sehingga menuduh orang lain sebagai setan, iblis, sesat, dan mencarut ntah apa-apa adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pengomen itu, na’uzubillah.

Kita selalunya lupa, bahawa komen-komen kita ini akan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pihak. Maka tidakkah kita merasa malu apabila orang bukan Islam melihat kita mencarut, mencaci maki melampau dan biadab sesama kita? Tidak sedarkah kita bahawa kita sedang menunjukkan contoh kepada mereka dari segi perbuatan dan tingkah laku kita? Kita yang sepatutnya berdakwah kepada mereka, tetapi kita sendiri menunjukkan kebiadapan dan kesengalan kita.

"Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan debatlah mereka dengan cara yang paling baik,  sungguh Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan orang-orang yang mendapat petunjuk."  [Surah An-Nahl : 125]

Mana akhlak dan contoh pengajaran yang baik dari kita? Mana kesabaran kita dalam menempuh segala perkara? Mana sifat tawadhu’ kita kepada Allah S.w.t? Adakah kita sekadar berpuas hati dengan melepaskan kemarahan kita, membuatkan kita merasa selesa? Sedangkan kita sedang menjatuhkan maruah orang-orang Islam dan agama kita sendiri? Itu yang sama-sama kita perlu fikir kembali.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadits riwayat Ahmad & Baihaqi)

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi no. 1082. Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1232)

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah Al-Qalam : 4)

Sememangnya Nabi Muhammad S.a.w diutuskan betul-betul untuk mendidik kita agar berakhlak mulia. Bersopan santun tidak kira kepada siapa lebih-lebih lagi sesama Islam. Nabi Muhammad Sa.w dengan orang Yahudi pun baginda berlemah lembut dan bersopan santun, tetapi mengapa kita sesama sendiri bersikap biadap dan mencarut-marut? Tidak kah kita terfikir bahawa itu adalah kehendak Iblis? Dan sememangnya dia dan kuncu-kuncunya mahu melagakan kita semua. Saya sendiri akui, bahawa saya sendiri pun tidak lari dari bersifat marah. Tetapi sekurang-kurangnya saya cuba menapis kemarahan saya di internet ini dengan menjaga adab sopan dalam bahasa agar tidak terlalu celupar. Kerana kita akan bertanggung jawab terhadap apa yang kita perkatakan.

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. [Surah Al Isra’ : Ayat 36]

Mungkin ada yang bersikap biadap kerana tidak tahan marah kepada satu pihak lagi kerana pihak itu telah membuat kesalahan. Tetapi kita perlu ingat, Islam ada batas-batasnya. Kita tidak layak menghukum seseorang melainkan penguatkuasa undang-undang. Kita hanya berhak menegur dan menghalangnya dari berbuat kesalahan, tetapi bukan sampai kepada boleh mengutuk, mencaci dan memaki hamunnya! Itu sudah betul-betul bercanggah dan bukan ajaran Islam. Oleh itu saya amat berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja, agar menjaga batas-batas percakapan dan ayat dalam berkata-kata, sama ada melalui lidah kita ataupun melalui penulisan lebih-lebih lagi di internet. Kerana tersilap keduanya itu boleh mengundang kepada lebih banyak keburukan semata.

Dan suka juga untuk saya peringatkan di sini, berhati-hati apabila membaca komen. Kerana bukan semua komen itu ikhlas dan betul-betul dari pihak yang berkata-kata itu. Ada juga mereka yang menyamar, kononnya mereka adalah pihak yang satu ini (pihak A sebagai contoh) dan membantai pihak yang satu lagi. (pihak B) Tujuannya hanyalah untuk menunjukkan kepada pihak B tentang keburukan perangai pihak A. Sedangkan pihak A tidak ada pun yang berkata-kata sebegitu. Maka pesan saya, hati-hatilah dan jangan mudah membuat kesimpulan atau menuduh.

Juga apabila salah seorang dari pihak A itu betul-betul sudah melakukan perkara biadab, maka jangan lah kerana segelintir orang dari pihak A telah membuat kesalahan, maka dihukumi kepada seluruhnya. Itu merupakan satu tindakan yang tidak professional. Penghakiman berdasarkan kepada segelintir manusia yang buat silap dengan menghukumi semua adalah tindakan yang tidak bijak. Alasan-alasan sebegini biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai hujjah yang kuat ataupun mengambil jalan mudah dengan melepaskan kemarahan. Maka tidak perlu lah dipertikaikan tentang perkara ini.

Dan satu lagi saya ingin pesankan di sini, sesuatu tuduhan yang masih tidak pasti dan tidak mempunyai bukti janganlah kita bersekongkol dalam memperbesarkannya. Kerana dibimbangi jatuh ke dalam membuat TUDUHAN SALAH (namimah / buhtan). Selagi mahkamah belum membuat keputusan, selagi itulah kita jangan menuduh tidak tentu hala. Keputusan mahkamah pun tidak semestinya betul lagi, apa lagi jika keputusan masih belum dibuat. Maka jangan lah kita gadaikan diri kita dengan berkecimpung dalam kerja membuat tuduhan melulu. Semoga Allah menjaga kita dan menjauhkan kita dari terlibat dengan perbuatan yang keji ini, amiin.

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya”. (Hadits Riwayat Tirmidzi)

Dan dalam Syarah Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi pada hadith yang ke 15 juga ada menyebut bahawa Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Imam Nawawi ada menyebut lagi, sebahagian ulama berkata: "Seluruh adab yang baik itu bersumber pada empat Hadits, antara lain adalah Hadits “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam”. Sebahagian ulama memaknakan Hadits ini dengan pengertian; "Apabila seseorang ingin berkata, maka jika yang dia katakan itu baik lagi benar, dia diberi pahala. Oleh kerana itu, dia mengatakan hal yang baik itu. Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah." Dalam hal ini maka perkataan yang mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi kerana takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi pada manusia.

Adakah kita mahu berikan contoh kepada NON-MUSLIM bahawa umat Islam adalah umat yang bermulut celupar dan suka mengutuk orang lain?  Fikir-fikir, renung-renung dan banyakkan sabar dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini .......


Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jeilani dalam kitab Sirr Al-Asraar , "Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati, sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan."

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." [Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud]

Antara kaedah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w ialah, dengan mempunyai belas-kasihan kepada orang yang diajar, dan menganggap mereka seperti anak sendiri.

إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ مِثْلُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

"Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya." [HR Abu Daud, an-Nasai'e, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah]

Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin jilid 1 tentang hadits di atas, "Dengan maksudnya, melepaskan murid-muridnya dari api neraka akhirat. Dan itu adalah lebih penting dari usaha kedua ibu-bapa, melepaskan anaknya dari neraka dunia."

Jika kita anggap orang yang kita dakwah atau ajar seperti anak kita sendiri, sudah tentu kita ada perasaan sayang kepadanya dan mahu mengajaknya keluar dari jalan yang salah. Bukannya dengan benci membuta-tuli dan langsung tidak peduli dengan perasaan dan maruahnya.

Wallahu a'lam ....... :-)

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)