Berita Terkini

Loji nuklear atau tenaga solar?

Tenaga solar vs Loji nuklear
Kerajaan sekarang masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai satu pilihan penjanaan tenaga elektrik, dengan mengambil kira insiden ketidakstabilan loji nuklear di Jepun akibat gempa bumi di negara itu baru-baru ini.

Pendapat saya, tidak usah susah-susah fikir tentang Loji nuklear yang berisiko besar pada keselamatan negara itu, tetapi berikan saja tumpuan kepada tenaga Solar.

Lihat saja contoh yang telah dibuat oleh Google dengan melabur sebanyak $280 juta dolar untuk membiayai Tenaga Solar.

Penggunaan Tenaga Solar boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan kos.

Dan jika menggunakan kemudahan besar tenaga solar, ia boleh menghasilkan elektrik tidak kira sama ada ketika matahari bersinar atau tidak menjadikan mereka pengeluar elektrik yang mampan dan boleh dipercayai.

Aplikasinya masih di tahap yang sangat rendah dan digunakan pada bidang-bidang tertentu sahaja. Sedangkan ianya mempunyai potensi yang besar dan jauh lebih mudah berbanding dengan kaedah penggunaan grid yang diamalkan kini.

Kenapa ia lebih mudah? Kerana setelah memasang alat Tenaga Solar itu sebagai contoh di atas atap rumah, maka tidak perlu berharap kepada syarikat yang menyediakan servis membekal elektrik. Malah mungkin tidak perlu bayar pun harga bagi tenaga solar yang kita dapat.

Tapi ntah lah kerajaan berminat atau tidak kepada hasil yang memberi keuntungan kepada rakyat tetapi bukan kepada kerajaan ini.

Walaupun begitu, kerajaan pun sebenarnya masih boleh dapat untung lagi, iaitu ketika pemasangan panel solar ke atap-atap rumah. Rakyat hanya perlu membayar harga panel tersebut dan kos pemasangan, tetapi bayaran bulanan tiada kerana ia tidak terlibat dengan kabel elektrik dan lain-lain barangan kerajaan, tetapi dapat tenaga elektrik terus dari matahari melalui panel solar tersebut.

Dan alang-alang sudah memberi tumpuan kepada Tenaga Solar, carilah lagi jalan untuk menggantikan penggunaan minyak dan bateri pada kenderaan di jalan raya dengan tenaga solar juga.

Ini kerana ada banyak lagi kelebihan dengan menggunakan tenaga alternatif itu selain dari kelebihan-kelebihan yang disebutkan di atas, antaranya panel solar mengeluarkan tenaga secara senyap, ianya tidak menghasilkan pencemaran kepada alam sekitar, ianya tidak akan habis selagi matahari masih wujud dan boleh menyimpan tenaga dan sebagainya.


Patut kah Malaysia membina loji nuklear?

Malaysia adalah sebuah negara yang kecil. Sekali loji nuklear meletup, mungkin ranap seluruh negara. Maka sementara belum ada penyakit, JANGAN CARI PENYAKIT!  :)

Dan Jerman pun mahu tamatkan tenaga nuklear pada tahun 2022, maka apa kes Malaysia pula mahu mulakan?


* Update 28 Jun 2011

Kerajaan telah menggantikan lampu LED (Light Emitting Diode @ diod pemancar cahaya) di laluan sepanjang 63.1 kilometer merangkumi tiga lebuh raya utama di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata ianya dapat mengurangkan 50 peratus kos bayaran lampu jalan raya.  Dan bukan saja dapat menjimatkan, ia juga dapat mengurangkan penggunaan karbon, sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Projek sulung ini disiapkan dengan kerjasama syarikat teknologi lampu Royal Philips Electronics, membabitkan kawasan di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Lembah Klang.

Bagus juga inisiatif ini, boleh dipuji, dan diharapkan agar dapat menggantikan semua lampu jalan biasa dengan lampu LED agar makin dapat menjimatkan elektrik, di samping ikhtiar dengan cara Tenaga Solar.


* Update 4 Julai 2011

India pun sudah mula berbincang dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) di AS untuk mendapatkan lesen menggunakan atap solar yang boleh menyimpan tenaga 1 Megawatt.  Ianya untuk kegunaan rumah dan juga pejabat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.