Lelaki dengan pakaian berwarna kuning cerah melakukan lompatan sambil berlari ke atas sekumpulan bayi yang dikumpulkan bersama atas tilam atas tanah, sebelum berpindah ke tilam depan.
Upacara aneh ini dijalankan sebagai sebahagian daripada upacara agama di utara Sepanyol, direka untuk menyelamatkan jiwa mereka.
Ia dipanggil El Salto del Colacho - atau Lompatan Syaitan (Devil's Jump) - adat ini bermula sejak zaman pertengahan lagi. Orang yang memakai pakaian kuning mewakili syaitan itu sendiri.
Paparan ini ditonjolkan dalam pertunjukan di kampung Castrillo de Murcia menandakan perayaan Katolik Corpus Christi.
Tradisi ini melibatkan lelaki berpakaian sebagai 'Colacho' melompat beberapa orang bayi yang dilahirkan di kampung pada tahun sebelumnya untuk membersihkan mereka daripada dosa asal.
Asal-usul sebenar upacara tidak jelas, tetapi Katolik Sepanyol meraikan perayaan di seluruh negara dengan perarakan berwarna-warni dengan penari-penari berpakaian seperti syaitan dan malaikat.
'Syaitan' itu juga mengejar budak-budak yang berkumpul di situ
Selepas 'Syaitan-syaitan' membuat lompatan, budak-budak perempuan menaburkan kelopak bunga Ros ke atas bayi-bayi
[Dailymail.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)