Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » Wanita ramai yang lambat kahwin - kajian terkini

KUCHING - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin dilewatkan, khasnya dalam kalangan wanita yang memberi alasan mereka tidak ada calon sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara peringkat negeri Sarawak di sini ini, semalam.

Beliau berkata bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

[Bernama]


Bagus lah ada pihak yang cakna jika ada wanita atau lelaki yang lambat kahwin @ nikah. Ini kerana selama ini saya tengok macam tidak ada orang yang peduli sangat, orang lain nak kahwin ke tidak.

Padahal kepemimpinan sudah dibahagi-bahagi dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat kampung-kampung. Yang saya hairan bin aneh bin peliknya, mengapa tidak ada penghulu ke, ketua kampung ke, JKK ke yang ambil peduli dan ambil tahu siapa yang belum kahwin lagi dan cuba membantu?

Apa usaha mereka-mereka ini untuk membantu meramaikan umat nabi Muhammad S.a.w, membasmi gejala sosial, gejala hubungan seks di luar nikah? Mengapa tiada usaha bersepadu sedangkan pembahagian kuasa kepimpinan sudah dibuat?

"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan budak-budak yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu,  dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan dunia, dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa.""  (Surah An-Nuur : Ayat 32 - 33)

Bagi lelaki yang tidak ada banyak duit pun, tidak menjadi soal untuk nikah sebenarnya, kerana insyaAllah akan dibantu oleh Allah kerana itu adalah janjiNya.  Cuma biasanya keinginan dan nafsu manusia itu sendiri yang mahu lebih, itu yang jadi sentiasa tidak cukup. 

Begitu juga ada pihak ibu-bapa wanita yang takut dan bimbang kalau-kalau anak perempuannya nanti makan pasir bersama bakal suaminya. Sehingga hanya mencari bakal menantu yang kaya raya dan mewah semata.  Dan tidak kurang juga wanita itu sendiri yang terlalu memilih, kerana takut nanti rumahtangganya tidak gah dan dipandang lekeh oleh rakan-rakannya.

Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah dulu hidup dalam miskin harta juga. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi kerana mereka kaya dengan iman, amal dan akhlak maka hidup mereka boleh juga bahagia dan sehingga boleh menjadi 'role model' bahawa kebahagiaan tidak semestinya dengan harta benda sahaja. Baca lah juga kisah Sayyidina Abu Bakr r.a, Sayyidina Umar r.a dan sahabat-sahabat lain.

Bagi wanita yang belajar tinggi sampai ke universiti pula, sudah tentu mereka mahu cari yang setaraf pelajaran dengan mereka. Bagaimana mahu semuanya mencari yang setaraf, sedangkan kaum wanita yang lebih mempelopori universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi sekarang?  Meninggalkan kaum lelaki sehingga tidak berpelajaran tinggi dan ramai yang menjadi penganggur, penagih dadah, penjenayah, rempiters dan sebagainya.

Tidak kurang juga yang fobia untuk nikah kerana banyak mendengar cerita-cerita perceraian, pergaduhan dan yang tidak elok di alam perkahwinan. Belum campur lagi dengan yang berdendam dengan jantina berlawanan kerana pernah dikhianati cintanya. 

Dan banyak lagi alasan yang menyebabkan wanita dan lelaki melambatkan pernikahan. Walaubagaimana pun, saya doakan semoga dipermudahkan lah urusan anda semua termasuklah urusan pernikahan anda nanti.  Dan semoga kita dapat mengecapi kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat, amin.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)