Berita Terkini

Video hujjah Rafizi Ramli tentang kes liwat Anwar Ibrahim secara terperinci

Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat PKR berhujjah mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Perhatikan hujjah-hujjahnya dengan teliti, dan gunakan akal fikiran yang waras, bukan nafsu amarah yang boleh merosakkan hati dan minda.



Saiful tidak pernah berada di dalam unit kondo


- Antara bukti utama di dalam mahkamah, ialah kamera CCTV, tetapi yang hanya dibuktikan ialah CCTV Saiful keluar masuk lif, bukannya bukti kejadian liwat.

- Dalam CCTV itu tiada tanda-tanda Saiful mengalami fobia atau trauma. Keadaannya relaks sahaja, tidak munasabah bagi seseorang yang sudah dipaksa kena liwat.

- Hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mesyuarat dengan pakar-pakar ekonomi. Dan jika betullah Saiful Bukhari ini setiausaha DSAI dan terlibat dengan mesyuarat tersebut, sudah tentu Saiful mesti datang lebih awal dari DSAI.

Mesyuarat itu bermula dalam 12:30 tengahari, tetapi Saiful sampai ke situ pukul 2:42 petang. Adakah munasabah?

- Saksi-saksi penting yang dapat mengesahkan di mana DSAI dan di mana Saiful tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

- DSAI tidak pernah sekali pun dibuktikan dalam mahkamah bahawa beliau berada dalam kondominum tempat kejadian yang didakwa liwat itu.



Air mani tidak pernah muncul dan dibuktikan dalam Mahkamah


- Dari mana timbulnya soal air mani? Ia datang dari Dr Seah, setelah dia mengatakan MUNGKIN DNA dalam sampel B5, B7 dan B8 datangnya dari air mani. Dia hanya kata MUNGKIN, tetapi tidak pernah mengesahkannya.

Di sini lah pengetahuan tentang ilmu DNA perlu difahami. Dan di sini lah juga ramai yang boleh tertipu sekiranya tidak faham apa itu DNA yang sebenarnya. Ramai yang keliru kerana ingat air mani itu ialah DNA.

Sedangkan DNA itu boleh saja berasal dari rambut, kulit, telinga, hidung dan sebagainya pada tubuh manusia. DNA ialah unit paling asas dalam tubuh kita apabila sudah dikecilkan dengan sekecil-kecilnya.

- Ujian mengesahkan air mani tidak dilakukan mengikut ujian yang betul.

- Laporan pemeriksaan mengakui tidak ada tanda-tanda berlaku penetrasi atau kerosakan di dubur Saiful.

- Karpal Singh tanya Saiful , "kamu pergi tandas ke tidak?". Saiful kata dia tidak pergi tandas selama 2 hari.

Kalau Saiful pergi tandas dan basuh semua kesan-kesan pada dubur, maka hilang lah bukti untuk ambil sampel DNA orang yang meliwatnya.

26 hari kejadian ialah hari Khamis. 27 hari Jumaat. Karpal tanya Saiful pergi solat Jumaat ke tidak. Saiful kata dia pergi. Di sini Saiful kantoi besar kerana sebelumnya dia kata 2 hari dia tidak ke tandas dan tidak menyucikan duburnya.

Jika dia mahu solat, dia mesti mandi wajib dan bersihkan kesan air mani pada duburnya.



Sampel DNA telah ditanam


- Polis (Judy Pereira) tidak mematuhi peraturan menyimpan barang kes (sampel DNA).

- Kesilapan menulis tarikh pada sampel DNA. Sepatutnya 28 Jun sudah menjadi 26 Ogos, 2 bulan lewat dari tarikh asal.



Rentetan Konspirasi: Siapa di belakang fitnah 2?


- 24 Jun Saiful bertemu Rosmah dan Datuk Najib. Datuk Najib boleh tolong telefonkan Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk bercakap dengan Saiful.

- 25 Jun Musa Hassan beri arahan kepada seorang pegawai polis berpangkat tinggi agar berjumpa Saiful 2 kali, iaitu di Hotel Concorde dan Hotel Melia.

- 26 Jun kononnya kena liwat, tetapi pada 27 Jun dia hadir pula di rumah DSAI untuk pertemuan AIC (Anwar Ibrahim Club).

- Dan banyak lagi hujjah yang menampakkan kes liwat ini adalah satu konspirasi yang terang lagi bersuluh lagi.

Oleh itu, elakkan lah fitnah kerana fitnah itu lebih teruk dari membunuh! Tidak ada faedahnya tuan-tuan dan puan-puan memfitnah Anwar pun, kerana ianya masih tidak dapat dibuktikan dengan betul, apa lagi prosedur yang dibuat langsung tidak mengikut kaedah Islam.

Walau DSAI lakukan sekali pun, itu adalah dosanya dengan Tuhan. Sedangkan jika kita fitnah dia, maka kita akan berhadapan dengan dia suatu masa nanti di samping akan dihukum kerana dosa memfitnah orang dengan sengaja.

Maka demi keadilan, buktikan lah dengan cara yang betul. Dan jika sudah betul-betul dibuktikan mengikut cara yang betul, maka pada waktu itu terpulang pada anda lah .......  Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.