Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » Serangan peluru berpandu AS ke atas Awlaki tidak mengena

Serangan udara Amerika Syarikat di Yaman Khamis lalu bertujuan untuk membunuh Anwar Al-Awlaki, ulama radikal kelahiran Amerika yang diduga mendalangi serangan pengganas di AS, tetapi peluru berpandu meleset dari sasaran, menurut laporan-laporan rasmi Yaman dan AS.

Serangan udara ini dilakukan kurang seminggu dari tarikh kononnya U.S. Navy SEAL membunuh Osama bin Laden di Pakistan. Jika serangan udara ini berjaya mengena sasarannya, maka AS berjaya membunuh dua orang di antara 3 orang senarai teratas yang paling dikehendaki oleh mereka.

Walaubagaimana pun menurut laporan Financial Times, serangan itu berjaya membunuh 2 orang pemimpin pertengahan AlQaeda. Mereka ialah adik beradik iaitu Abdullah and Musaad Mubarak al-Harad. Tetapi penduduk tempatan membantah bahawa individu-individu itu anggota al-Qaeda.

White House dan pegawai Pentagon menolak memberikan komentar terhadap setiap serangan di Yaman.

Percubaan untuk membunuh Awlaki adalah yang pertama diketahui sejak serangan tentera AS di dalam Yaman dari Mei 2010, apabila peluru berpandu AS keliru membunuh salah seorang utusan Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh dan sejumlah orang yang tidak diketahui.

Laporan rasmi Yaman mengatakan mereka percaya Awlaki berada dekat dengan desa itu bersama kumpulan yang disyaki militan al-Qaeda.

AS telah membelanjakan wang kepada latihan pasukan anti-keganasan Yaman dengan USD$150 juta bantuan ketenteraan tahunan dan sehingga 100 pelatih pada waktu tertentu.



[Wall Street Journal , CBS , Financial Times]


Persoalannya

Mengapa White House dan Pentagon langsung tidak mahu memberi komentar tentang kejadian itu?

Amboi, cepatnya cuba membunuh orang kedua penting selepas Osama?

Dan apa bukti bahawa Anwar Awlaki itu adalah KELAHIRAN Amerika Syarikat?

Dikatakan mereka berjaya membunuh 2 orang pemimpin pertengahan AlQaeda, tetapi mengapa penduduk tempatan di situ membantah bahawa mereka adalah anggota AlQaeda?

Jika benar AlQaeda itu pengganas, maka mengapa AS begitu gembira menyambut berita kematian Osama bin Laden?  Sedangkan jika mereka betul-betul pengganas, walaupun Osama sudah meninggal, siapa-siapa pun boleh mengganti dan mereka tetap akan mengganas. Apa bezanya dengan ketiadaan Osama jika AlQaeda masih lagi wujud?

Yang jelasnya, berita kematian Osama itu hanya satu taktik sempena pilihanraya yang bakal dilangsungkan di AS pada 2012 nanti. Mungkin mereka masih mahu lagi mengekalkan Obama kerana Obama amat petah bercakap dan mempunyai karisma bagi mereka, tidak seperti bekas Presiden dulu iaitu George W. Bush  yang banyak terlajak kata dan bersifat seperti kartun  .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)