Berita Terkini

PAP menang lagi, pemerintahan kuku besi akan diteruskan

general election 2011 singapore
PAP (People's Action Party) menang lagi, kali ini dengan 60.14% undian, yang terburuk dalam sejarahnya. Tahun 2006 dulu mereka menang 67%. Mungkin rakyat Singapura telah semakin sedar dengan pemerintahan gila kuasa yang telah sekian lama bermerajalela di sana.

Kerusi Parlimen PAP memenangi 81 manakala WP (Workers Party) memenangi hanya 6. Kemenangan itu pun amat tipis jika dikira kebanyakan purata setiap satu kerusi. Mungkin ada penipuan di sebalik undi rosak, siapa tahu kan. Tahun 2006 PAP menang 82 dari 84 kerusi.

PAP yang saya sering bertukar dengan Pap Smear , adalah parti Pak Lee Kuan Yew alSingapuri. tetapi sekarang ini secara politiknya ia diketuai oleh anaknya Perdana Menteri Lee Hsien Loong.  Dengan kemenangan ini maka semakin panjang lah taring si singa Singapura itu nampaknya.  Manakala WP diketuai oleh Low Thia Khiang.  Menteri Luar George Yeo yang mengetuai PAP AlJunied terpaksa meninggalkan kabinet selepas ini kerana kalah di pilihanraya.

Kerajaan PAP telah memperkenalkan sistem GRC (Group Representation Constituency / Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya) sejak tahun 1988 , untuk memastikan golongan minoriti dari komuniti Melayu dan India diberi peluang untuk bertanding. PAP belum pernah kalah GRC sejak itu.

Daripada 2.2 juta orang yang layak mengundi di Pilihanraya Umum 2011 Singapura (Singapore General Election 2011), hanya 1.84 juta sahaja yang disahkan undinya. Yang lain-lain termasuk undi rosak dan sebagainya.

Keadaan penyokong parti politik di Singapura tidak ubah seperti keadaan di Malaysia juga. Mereka-mereka yang berjaya dan hidup mewah biasanya menyokong parti kerajaan yang memerintah. Seperti di Singapura mereka menyokong PAP, manakala di Malaysia mereka menyokong BN.

Melainkan mereka-mereka yang berjaya dan mewah yang mempunyai kesedaran dan pengkajian yang mendalam, dan tidak terlalu rakus dan terpedaya dengan gemerlapnya dunia, lebih-lebih lagi jika dibicarakan tentang seorang Muslim.

Muslim yang betul-betul faham dan sedar , insyaAllah akan memilih jalan kepemimpinan yang berteraskan agama , keadilan dan tidak terlalu keduniaan.


Jasa Lee Kuan Yew kepada rakyat Singapura

Siapa tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, 87, nama yang juga termasuk dalam buku sejarah Tanah Melayu. Sekarang ini Singapura tidak lagi menjadikan Presiden sebagai pemerintah tertinggi, mungkin kerana gelaran Presiden masih rendah bagi pakcik Lee kita tu.

Tetapi gelaran yang digunakan kepada pemerintah tertinggi Singapura sekarang ialah Minister Mentor, walaupun secara bahasa politiknya ia hanyalah satu jawatan penasihat kepada Perdana Menteri. Dan Minister Mentor Singapura sekarang sudah tentu lah Lee Kuan Yew.

Dia menjadi penasihat kepada Perdana Menteri iaitu anaknya sendiri Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004. 

Tidak dinafikan bahawa Singapura telah banyak berubah wajah dan membangun pesat di dalam pemerintahan Lee Kuan Yew. Akan tetapi, kebanyakan nikmat dan keselesaan yang diperolehi itu hanya untuk kroni-kroni mereka sahaja. Ramai yang tersepit di celah-celah pembangunan yang hebat itu.

Sudah banyak jasa Lee Kuan Yew kepada rakyat Singapura terutamanya, antaranya ialah;

- Menjadi pemerintah kuku besi. Siapa saja yang dijangka boleh mengancam dan ada bau-bau untuk mengancam beliau, maka dulu akan dikenakan tindakan ISA. Kemudian ISA tidak digunakan lagi, tetapi digunakan satu nama lain yang dikenali sebagai 'Defamation Suits'.

Lee Kuan Yew tidak mengira orang, dengan mereka-mereka yang sebangsa dengannya iaitu Cina sekali pun akan kena bantai. Aktivis-aktivis Kristian Roman Catholic pun pernah kena penjara di bawah ISA.

- Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji paling tinggi dalam dunia, mengalahkan negara-negara besar lain.

- Anak Melayu sukar untuk mendapatkan kedudukan yang selesa dalam pelajaran. Bantuan-bantuan kepada mereka pun susah. Suara-suara mereka pun amat sukar untuk didengar oleh bapak Lee Kuan Yew.

- Penduduk tempatan sukar mencari pekerjaan, akan tetapi ramai pendatang asing yang ditawarkan bekerja. Kerja-kerja kolar biru banyak dijawat oleh pendatang asing. Dengan kata lain, kemasukan pendatang-pendatang asing merampas pekerjaan dari rakyat Singapura asal.

- Syarat untuk bekerja di kebanyakan syarikat di Singapura, wanita tidak boleh memakai hijab / tudung. Mereka menekan agensi-agensi pekerjaan agar tidak memilih mereka-mereka yang pakai tudung.

- Tidak membenarkan anak orang Islam perempuan memakai tudung di sekolah-sekolah biasa. Melainkan di madrasah-madrasah sahaja.

- Menghapuskan 'Malay Reserve Land' dengan merobohkan perkampungan Melayu.

- Hanya Masjid Sultan di Muscat Street yang boleh laungkan azan dengan kuat ketika masuk waktu solat. Masjid-masjid lain mesti dilaungkan ke dalam masjid sahaja, dan tidak boleh terlalu kuat. Ia dikatakan sebagai mengganggu ketenteraman awam.

- Anak Melayu tidak ada dalam pasukan tentera udara (Air force) Singapura. Begitu juga di dalam 'armoury'. Dan jawatan tertinggi dalam tentera pun tidak ada anak Melayu yang dilantik. Cuma pada Oktober 2009 sahaja ada dilantik seorang kepada pangkat Brigadier Jeneral iaitu Jeneral Ishak Ismail.

Itu pun hanya seorang terkebil-kebil, mungkin hanya mengambil syarat dari tiada langsung, agar orang melayu tidak bising sangat.

- Jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin semakin luas.

- Kos perumahan yang sangat tinggi, sehinggakan memakan masa selama 30 tahun untuk melunaskan pinjaman perumahan. Dan bayangkan sahaja harga sebuah rumah flat 4 bilik sekarang lebih dari SGD$300,000. Itu sudah melampaui harga banglo di Malaysia ini.

Ada rakyat yang terpaksa menanggung hutang rumah sepanjang hayat. Dan ada yang rumah flatnya dirampas kerana tidak dapat membayar instalment.

- Pengangkutan awam yang kian sesak, kerana ditambah lagi dengan kemasukan ramai terlajaknya pekerja-pekerja asing. Ditambah lagi dengan ramai mereka yang kurang ajar, tidak menghormati orang-orang tua dan golongan lemah yang turut menaiki transport.

- Dan camam-camam lagi .......


Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan dalam bukunya bertajuk 'Lee Kuan Yew : Hard Truths To Keep Singapore Going', yang dikeluarkan oleh Straits Times Press pada akhir tahun 2010, di mana dia menggesa umat Islam Singapura agar tidak terlalu kuat berpegang kepada Islam demi untuk membantu proses integrasi berjalan dengan lancar.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," antara tulisan bapak Lee yang maut.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew lagi.


Ini lah antara kenyataan beliau yang paling dimarahi dan dicondemn oleh masyarakat Islam tidak lama dulu terhadap Minister mentor yang dikatakan mungkin sudah nyanyuk tetapi masih gilakan kuasa itu.  Dia amat takut dan tidak suka kan Islam sebenarnya.

Maka marilah kita ambil tahu dan peduli juga nasib saudara-saudara kita di Singapura. Dengar sahaja negaranya gah, tetapi rakyatnya ramai juga yang tersepit. Dan sebagai umat Islam, kita wajib juga menolong saudara-saudara kita yang ditindas. Semoga dengan ini akan dapat membuka mata masyarakat kita dan melakukan apa yang sepatutnya nanti.

Sama-sama lah kita doakan untuk kesejahteraan kita semua. Dan semoga pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab akan dapat berunding dan cuba menyelesaikan banyak permasalahan dengan cara yang rasional dan menyenangkan semua orang. Bukan hanya menjadi kuku besi yang mementingkan perut diri sendiri dan kroni-kroni sahaja.


One Nation Under Lee

1 ulasan:

  1. Lee ikrar jaga kepentingan rakyat Singapura

    SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, berikrar untuk menjaga kepentingan rakyat Singapura kerana memberi mandat besar kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk terus memerintah negara.

    Beliau berkata, pengundi sudah memutuskannya dan beliau "berasa rendah diri" bahawa mereka mengundi kerajaan PAP untuk kembali berkuasa.

    "Pengundi sudah memberikan PAP satu mandat yang kukuh dan ia sedar mengenai kekhuatiran dan isu yang diletakkan oleh pengundi. Kami dengar suara anda," kata Lee yang dipetik sebagai berkata pada sidang akhbar pasca kemenangan Ahad oleh saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia.

    Kerajaan PAP kembali memegang tampuk kuasa dengan meraih 81 daripada 87 kerusi termasuk lima kerusi yang menang tanpa bertanding.

    Ia memberikan kelegaan kepada Lee yang ingin mendapatkan mandat kali kedua sebagai Perdana menteri.

    Walaupun ia kemenangan besar daripad segi bilangan kerusi, undi popularnya berkurangan kepada 60.14 peratus daripada 66.6 peratus pada pilihan raya umum 2006.

    Ia adalah pertandingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya yang menyaksikan persaingan hebat di 82 daripada 87 kerusi di kalangan tujuh parti politik.

    Sentimen beralih ke arah Parti Pekerja (WP) dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) pada beberapa hari terakhir kempen dengan cakap-cakap bahawa PAP mungkin tewas tujuh atau lapan kerusi terutama Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Aljunied dan GRC Holland-Bukit Timah.

    Tapi akhirnya PAP menang 81 daripada 87 kerusi Parlimen.

    Sambil menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai satu titik perubahan, Lee berkata selepas lima tahun yang penuh bermakna, ia adalah "satu dunia berbeza dan Singapura yang berbeza".

    Beliau berkata, pengundi bukan orang yang sama dengan begitu ramai pengundi generasi muda dengan pelbagai kelulusan dalam pendidikan selain terdapat penduduk yang sudah berusia dengan kebimbangan yang lain.

    Katanya, semua lapisan rakyat Singapura mempunyai aspirasi yang tinggi dan mereka ingin melihat lebih banyak suara pembangkang di dalam Parlimen untuk "memantau kerajaan PAP."

    Sambil mengakui bahawa GRC Aljunied adalah yang paling sengit persaingannya, Lee berkata: "Saya kecewa PAP tewas walapun telah berusaha."

    Beliau berkata, hilangnya pasukan PAP adalah satu "kehilangan besar kepada pasukan Kabinet saya dan Ahli Parlimen" kerana pasukan Aljunied mempunyai "lima lelaki dan wanita yang hebat".

    Bagaimanapun, beliau berkata pasukan PAP menerima keputusan pengundi kerana berpendapat ia menunjukkan hasrat pengundi.

    "PAP akan menganalisis keputusan pilihan raya dan memperbaiki apa yang perlu dan memperbetulkan apa jua kesilapan," katanya. - BERNAMA


    Semoga kata-kata Lee itu jujur dan benar-benar dilaksanakannya nanti. Semoga rakyat Singapura mendapat keadilan dan tidak ditindas. Dan semoga rakyat asing yang datang berhijrah sedar diri dan tidak berlagak sombong pula di tempat orang lain :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.