Berita Terkini

Obama dakwa Osama Laden sudah dibunuh

Osama bin Laden (yang diceritakan lahir di Arab Saudi), yang diburu sebagai dalang serangan pengganas terburuk di tanah Amerika Syarikat, telah dibunuh, Presiden Barack Obama mengumumkan pada malam 1 Mei 2011.

Presiden menyebut pembunuhan bin Laden adalah "prestasi yang paling signifikan sampai saat ini" dalam usaha untuk mengalahkan al-Qaeda.

"Keadilan telah dilakukan," kata Obama.

Osama Laden dikesan di kawasan Abbottabad, Pakistan di dalam satu operasi oleh tentera AS. Sumber mengatakan serangan itu dilakukan oleh Komando Pasukan Khusus Gabungan Operasi (Joint Special Operations Command forces)yang bekerja dengan CIA.

"Sebuah pasukan kecil dari Amerika melakukan operasi," kata Obama. "Setelah berlaku tembak-menembak, mereka membunuh Osama bin Laden dan mengambil tubuhnya sebagai tahanan."

Ujian DNA mengesahkan bahawa itu bin Laden, sumber mengatakan kepada ABC News.

Menurut akhbar Telegraph pula, Bin Laden adalah orang yang mengilhami generasi Islam fanatik di seluruh Eropah, termasuk mereka yang melakukan serangan pengganas 7 Julai 2005 di London.




Osama Bin Laden killed in Pakistan



Ucapan Presiden Barack Obama di atas kematian Osama bin Laden



[ABC News , Times Now]


Pandai juga taktik Barack Obama mengatakan bahawa perang ini bukannya perang terhadap umat Islam, tetapi perang terhadap AlQaeda sahaja yang dituduh sebagai pengganas. Ini untuk mengambil hati umat Islam sedangkan agenda sebenarnya mungkin di sebaliknya.

Osama Laden sebelum ini pun pernah diberitahu oleh para pengkaji bahawa dia adalah agen kepada AS sendiri yang mana namanya yang telah diletakkan oleh CIA dulu ialah Tim Osman.

Banyak kejadian yang kononnya serangan pengganas di Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya  adalah sebenarnya konspirasi dalaman kerajaan AS sendiri sepertimana contoh terbesar dan yang jelas sekali iaitu peristiwa 9/11 (September 11, 2001) di World Trade Center, New York City dan 7 Julai 2005 di London.

Selepas ini siapa pula yang akan mereka bawakan ke pentas dunia yang akan menggantikan Osama Laden dan akan dituduh sebagai pengganas Muslim. Buat masa ini , nama yang menjadi sasaran utama mereka pula ialah Anwar al-Awlaki (Anwar Nasser Abdulla Aulaqi) yang dikatakan sebagai seorang pensyarah Agama Islam, ketua spiritual dan juga Komander Serantau AlQaeda. Sememangnya hal ini tidak akan berakhir selagi Nabi Isa a.s belum kembali. Wallahu a'lam :)


* Update 3 Mei 2011

Gambar Osama Laden dibunuh adalah palsu



1 ulasan:

  1. Benar ke Osama Bin Laden ni wujud? Jika peristiwa 9/11 itu betul dirancang ape significance Osama Bin Laden ni? Mana datang isu terrorists tu? Bermakna masih ramai lagi yang belum tahu perkara sebenar peristiwa 9/11 tu. Masih ramai lagi yang dikaburkan mata dan pemikiran nya.

    Watak Osama Bin Laden dimatikan pada tahun 2011. Bermakna ada lah watak baru yang akan di wujudkan untuk peristiwa besar pada tahun 2012 nanti. Dan pasti nya watak itu beragama Islam. Hmmm....Memang licik. Kalau di calonkan plot ni utk Academy Awards memang menangis lah semua director2 filem. Pasti walkover.

    Diberitakan mayat Osama Bin Laden dikuburkan dilaut. Mengapa yer? Hmmm....

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.