Berita Terkini

Mustahil Lee Kuan Yew akan berhenti terus dari campur hal politik Singapura melainkan mati

Memang dah dijangka, walaupun katanya Lee Kuan Yew sudah menarik diri dari kabinet Singapura, tetapi kini anaknya iaitu Perdana Menteri (PM) Singapura, Lee Hsien Loong melantik ayahnya itu sebagai penasihat kanan kepada Perbadanan Pelaburan Singapura.

Pengumuman itu belum lagi rasmi sebenarnya, kerana hari Sabtu ini baru akan dirasmikan. Tetapi kita dapat tengok, nama Lee Kuan Yew masih lagi berperanan dalam politik Singapura, bukannya berkubur begitu saja.

Kalau kepala dah hantu politik, tetap akan terus berpolitik walaupun kecil-kecilan sampai lah maut menjemput diri, baru lah masa tu tidak ada peluang mahu berpolitik dah.

Sebagaimana kita lihat di Malaysia, Tun Mahathir walaupun sudah berhenti dari menjadi Perdana Menteri, tetapi kemudiannya masih diberi menjadi penasihat itu ini dalam politik, dan sekarang ini pun masih sibuk lagi berceramah pasal hal politik.

Secara psikologinya, kalau seseorang manusia itu sudah minat suatu perkara, sampai mati pun dia tidak akan meninggalkan apa yang dia minat itu. Melainkan sudah tidak ada kemampuan langsung untuk meneruskan apa yang dia minat itu.

Cuma ada lah beberapa kes , jika seseorang meminati sesuatu maka dia terpaksa juga tinggalkannya, terutamanya dalam soal hukum-hakam agama. Seperti saya dulu lah waktu muda-muda, pernah bermain muzik, dan ada band muzik sendiri dimana saya sebagai 'lead guitar'.

Pendekkan cerita, kerana melibatkan hukum-hakam agama, apatah lagi dulunya saya seorang pelajar sekolah agama, dan pernah menyambung jurusan agama, maka saya berhentikan niat saya untuk menjadi seorang ahlil muzik.

Ditakdirkan band saya itu ada kecelaruan dari segi ahlinya. Tidak 'satu kepala' kata orang. Ada saja hal yang menyebabkan akhirnya band itu gagal. Alhamdulillah, kemudian hari baru saya nampak, ada hikmahnya kenapa saya tidak berjaya menjadi seorang ahli muzik.

Tajuk politik dah masuk kepada tajuk muzik ya. Sekali-sekala lari tajuk, lagi pun ada kaitan juga sebenarnya, iaitu kaitan dari segi psikologi. Nak beritahu tentang minat punya pasal.

Beralih kepada Lee Kuan Yew, rekodnya sebagai seorang yang sangat suka berpolitik sudah jelas. Dari kita tengok berapa lama dia bertahan menjadi Perdana Menteri, kemudian jadi Minister Mentor pula.  Singapura itu sudah menjadi seperti anaknya sendiri dengan dijaganya dari dulu lagi. Tetapi hanya tanah dan prasarana dan golongan tertentu sahaja yang menjadi seperti anaknya, tetapi ramai orang lain yang tertindas dan kena peras duit.

Dan baru-baru ini kununnya dia mahu berhenti, agar rekod pentadbiran baru tidak dicemari dengan rekod pentadbiran lama. Tup tup, anak dia pula baru mengumumkan bahawa Lee Kuan Yew akan dilantik menjadi penasihat kanan kepada Perbadanan Pelaburan Singapura.

Walaupun tidak menjurus kepada pentadbiran peringkat atasan, tetapi masih mahu terlibat juga walaupun sedikit. Apa lagi dalam bab 'pelaburan'! Duit tu! Maka lu pikir lah sendiri kata Nabil!  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.