Berita Terkini

Patung Dewa Kambing Baphomet di luar bangunan kerajaan Amerika Syarikat

Penyembah syaitan telah menyambut pembukaan patung seekor makhluk berkepala kambing dengan sayap di luar bangunan kerajaan di Amerika Syarikat.

Ahli-ahli Satanic Temple membawa ukiran Baphomet, iaitu hibrid manusia-kambing yang berukuran lapan setengah kaki tinggi, ke hadapan bangunan Arkansas State Capitol di Little Rock pada 15 Ogos.

Imej oleh: KATV

Makhluk bersayap itu duduk di atas takhta yang dihiasi dengan pentagram. Di sampingnya ada dua patung kanak-kanak lelaki dan perempuan memandang terus ke wajah makhluk tersebut.

Patung itu adalah sebahagian daripada perhimpunan di luar kerusi kerajaan negeri sebagai protes terhadap monumen Sepuluh Perintah (Ten Commandments) yang juga diletakkan di kawasan tersebut tahun lepas.

Ia kini telah dibawa pergi, tetapi Satanic Temple telah memfailkan tuntutan undang-undang untuk diletakkan semula atas nama pluralisme agama dan Pindaan Pertama, lapor berita KATV.

Tuntutan itu mendorong bantahan balas daripada aktivis Kristian.

Gereja Syaitan (Satanic Church), yang berkempen di seluruh dunia untuk kebebasan beragama, mendakwa bahawa mereka menulis kepada anggota dewan undangan untuk meminta patung Baphomet dibenarkan.

Monumen Ten Commandments pertama kali dibina tahun lalu selepas satu rang undang-undang yang ditaja oleh Senator Republican, Jason Rapert diluluskan, menurut Independent.

[Mirror , Fox News , KATV]

2 ulasan:

  1. Semakin terang terangan pemuja pemuja syaithon ni yer.
    Ngeri tengok Baphomet ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat tekun mereka membina patung yang begitu details tu kan. Alangkah bagusnya kalau KETEKUNAN itu dicurahkan kepada beribadah kepada Allah S.w.t dan membuat kebaikan kepada manusia. :-)

      Padam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.