Berita Terkini

Asal perkataan Laksamana

Laksamana adalah satu jawatan tertinggi dalam sistem ketenteraan Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511). Dalam sistem Kerajaan Melayu Melaka, tentera laut adalah yang paling utama, berdasarkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu adalah pelaut dan ahli dalam pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana. [Wikipedia]

Pangkat Laksamana masih lagi digunakan sekarang dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Tetapi kuasanya tidaklah sama seperti zaman kerajaan Melayu Melaka dulu. Pangkat Laksamana terletak di bawah pangkat yang tertinggi iaitu Laksamana Armada dan di atas pangkat Laksamana Madya. Di samping TLDM, Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) juga menggunakan pangkat Laksamana.

Perkataan Laksamana sebenarnya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Lakshmana. Lakshmana ialah putera Raja Dasarata, kerajaan Kosala di Ayodhya, yang juga adik tiri Rama (yang disebut dalam kitab epik Hindu iaitu Ramayana). Dia mempunyai seorang saudara kembar yang bernama Shatrughna.

Dalam wiracarita Mahabharata, ada seorang personaliti lain yang bernama Laksmana (ataupun dikenali juga  Laksmanakumara). Dia adalah putera kepada Duryodana dari Hastinapura.


p/s: Ada juga orang melawak mengatakan ia berasal dari kata laksa mana? (di mana laksa?) . Tetapi ia hanya sekadar bahan lawak, tiada kena mengena langsung sebenarnya :-D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (10) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (347) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (93) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (37) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (192) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (60) Motivasi (33) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (61) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (165) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (294) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)
Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.