Berita Terkini

Kisah Syaibah peluk Islam setelah gagal Bunuh Rasulullah dalam Perang Hunain

Elektrik
Al-Walid ibnu Muslim mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnul Mubarak, dari Abu Bakar al-Huzali, dari Ikrimah maula ibnu Abbas, dari Syaibah ibnu Utsman yang menceritakan bahawa ketika dia melihat Rasulullah S.a.w di medan Perang Hunain dalam keadaan tidak bersenjata, maka dia teringat ayah dan bapa saudaranya yang telah dibunuh oleh Ali dan Hamzah.

Maka dia berkata (kepada dirinya sendiri), "Sekarang aku menemui kesempatan untuk melampiaskan dendamku kepadanya." Lalu dia pergi mendatangi Nabi S.a.w dari sebelah kanannya. Tiba-tiba dia bersua dengan al-Abbas ibnu Abdul Muthalib yang sedang berdiri melindunginya dengan memegang perisai putih. Kilauan cahayanya seperti perak, menembus debu yang berterbangan. Maka dia berkata (kepada dirinya sendiri), "Al-Abbas adalah bapa saudara Nabi S.a.w, pasti beliau membelanya sampai mati."

Lalu dia mendatangi Nabi S.a.w dari sebelah kirinya, tiba-tiba dia bersua dengan Abu Sufyan ibnul Harits ibnu Abdul Muthalib. Maka dia berkata, "Abu Sufyan adalah anak kepada bapa saudaranya, pasti dia mempertahankannya sampai titis darah penghabisan."

Kemudian dia mendatangi Nabi S.a.w dari arah belakangnya, sehingga jarak antara Nabi S.a.w dan beliau cukup untuk melibas pedang terhadapnya. Tetapi tiba-tiba muncul kilatan api yang menghalang antara dia dan Nabi S.a.w, seakan-akan seperti kilat yang menyambar sehingga dia mundur kerana takut api itu mengenainya. Kemudian dia meletakkan tangannya di matanya kerana silau, lalu mundur. Ketika itu, Rasulullah S.a.w menoleh ke arahnya, lalu bersabda;

يا شيبة يا شيبة ادن مني. اللهم اذهب عنه الشيطان

"Ya Syaibah, Ya Syaibah, mendekatlah kepadaku. Ya Allah, lenyapkanlah syaitan dari dirinya."

Syaibah ibnu Utsman meneruskan kisahnya, lalu dia mengangkat pandangannya ke arah Nabi S.a.w, dan pada saat itu juga dia merasakan bahawa Nabi S.a.w lebih dia cintai dari pendengaran dan penglihatannya. Dan Nabi S.a.w bersabda memerintahkan kepadanya, "Ya Syaibah, perangilah orang-orang kafir itu."

Imam al-Baihaqi meriwayatkan hadits ini melalui al-Walid, lalu dia mengetengahkan hal yang sepertinya. Kemudian Imam al-Baihaqi meriwayatkan melalui hadits Ayyub ibnu Jabir, dari Sadaqah ibnu Sa'id ibnu Syaibah, dari ayahnya yang menceritakan bahawa, dia berangkat bersama Nabi S.a.w dalam Perang Hunain. Syaibah mengatakan, "Demi Allah, saya mahu keluar bukanlah kerana Islam, bukan pula kerana mengetahui tentang Islam, tetapi saya menunggu-nunggu kesempatan dengan harapan semoga orang-orang Hawazin menang ke atas kaum Quraisy."

Aku (Syaibah) yang sedang dalam keadaan berdiri bersama Rasulullah S.a.w berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat kuda yang berwarna hitam keputih-putihan (kelabu), yakni pasukan berkuda yang semua warnanya kelabu (pasukan malaikat). Maka Nabi S.a.w bersabda;

يا شيبة انه لا يراها الا كافر

"Wahai Syaibah, sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat melihatnya kecuali orang kafir."

Maka Nabi S.a.w mengusap tangannya ke dadaku sambil berdoa, "Ya Allah, berilah hidayah kepada Syaibah." Nabi S.a.w mengusap dadaku kedua kalinya seraya berdoa, "Ya Allah, berilah Syaibah petunjuk." Lalu mengusap dadaku lagi ketiga kalinya seraya berdoa, "Ya Allah, berilah Syaibah petunjuk."

Syaibah melanjutkan kisahnya, "Demi Allah, sebelum tangan beliau terangkat dari dadaku dalam usapannya yang ketiga, terasa dalam diriku bahawa tiada seorang pun dari makhluk Allah yang lebih aku cintai daripada Nabi S.a.w."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah at-Taubah, ayat 26 - 27]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.