Berita Terkini

Remaja Muslim dan cabaran dalam dunia yang penuh Daya Penarik


Dunia hari ini memang penuh dengan daya penarik, glamor, tipu daya, permainan sia-sia. Dan firasat saya sudah lama berkata, bahawa teknologi-teknologi yang canggih hari ini lah sebenarnya adalah FITNAH DAJJAL, wal 'iyaadzu billah.

Remaja Muslim Dalam Dunia Yang Penuh Daya Penarik
Dajjal datang dengan teknologi. Teknologi-teknologi canggih dan binaan-binaan megah zaman moden inilah SYURGA DAJJAL. Siapa yang terpengaruh dengan syurga dunia ini, maka malang lah nasib.

Dajjal sudah wujud sejak zaman para nabi a.s dulu lagi. Sebelum Nabi Muhammad S.a.w diutuskan pun Dajjal sudah ada. Kalau dia ada SUPER POWER, sudah lama dia akan mengaku sebagai TUHAN. Tetapi saya yakin, dia hanya diberikan kelebihan oleh Allah S.w.t dengan KELEBIHAN ILMU DUNIAWI. Yang mana sekarang, dia sudah semakin hampir untuk mencapai matlamatnya untuk memerintah dunia.

Begitu juga dengan Ya'juj dan Ma'juj, iaitu 2 nama yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini. Yang berkemungkinan kerosakan itu adalah satu perang besar (perang nuklear). Kebetulan pula sekarang ini ada 2 blok kuasa besar dunia, yang satu adalah Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, berhadapan dengan satu lagi blok iaitu Russia dan sekutu-sekutunya. Tidak nampak-kah lagi kita kesesuaian itu dengan mereka?

Kita perlu juga ingat, bahawa hadits-hadits yang menyebut tentang Dajjal dan akhir zaman, banyak yang berkias. Jika kita faham secara lurus, maka Dajjal di depan mata kita pun kita tidak akan nampak. Cuba lah hafal 10 ayat pertama Surah al-Kahfi dan 10 ayat terakhir. Dan amalkan baca Surah al-Kahfi sekurang-kurangnya setiap hari Jumaat, insyaAllah kita akan diberi petunjuk oleh Allah Ta'ala untuk melihat sandiwara yang berlaku dalam dunia hari ini, dengan mata hati kita.


Selagi kita hidup di dunia ini, selagi itulah kita akan diuji

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Surah al-Kahfi : 7]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." [Surah al-Baqarah : 155]

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu ......." [Surah Aali-Imran : 186]

"Dia lah yang menjadikan mati dan hidup (kamu), untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun." [Surah al-Mulk : 2]

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." [Surah al-Insaan : 2]


Dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan kita

"Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu berfikir?" [Surah Al-An'am : 32]

"Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang menipu." [Surah Aali ‘Imran : 185]

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar."  [Surah at-Taghabuun : 15]

"Bermegah-megah (dengan harta dan sebagainya) telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk dalam kubur."  [Surah at-Takatsur : 1 - 2]


قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ طُولُ الْحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ

"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara,  panjang umur dan cinta harta."  [Hadits riwayat Muslim]

Dalam riwayat lain pula , "Hati orang tua akan tetap muda dalam dua perkara iaitu; mencintai dunia dan panjang angan-angan." [Hadits riwayat Bukhari]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.