Pantai Rhu Sepuluh atau Pantai Penarik terletak di daerah Setiu, Terengganu. Ia berjiran dengan Pantai Bari Kecil dan hanya 400 meter dari kampung Penarik. Pantai ini agak popular kepada pengguna jalanraya laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu, kerana mempunyai banyak gerai jualan dan restoran makanan laut, dan ia juga terletak betul-betul di tepi jalan.
Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas awam, taman permainan kanak-kanak, kerusi-kerusi dan tempat rehat banyak disediakan di sepanjang pantai.
Ada beberapa pulau yang kelihatan di kejauhan dari pesisir pantai ini, seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidung.
Salah satu mainan di Taman Permainan Kanak-Kanak
Tidak jauh dari sini iaitu di kampung Bari, antara Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Bari Kecil, ada kem Pasukan Simpanan Tentera Laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)