Iran akan memberikan kelengkapan tentera untuk Tentera Lubnan, ketua dewan keselamatan negara Iran mengatakan pada hari Selasa (30/9), hal ini menguatkan pasukan keselamatan Lubnan yang sudah disokong oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Tentera Lubnan telah meningkatkan usaha untuk mencegah mujahidin dari Syria memasuki bandar-bandar sempadan Lubnan.
"Republik Islam" memutuskan untuk memberikan peralatan tentera kepada Tentera Lubnan," kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali Shamkhani kepada wartawan di Beirut.
Dia tidak mengatakannya secara terperinci. Sebuah sumber diplomatik berkata menteri pertahanan Iran akan segera meminta kepada tentera Lubnan, untuk senarai senjata yang diperlukan.
Shamkhani bertemu dengan pegawai Lubnan, termasuk Perdana Menteri Tamman Salam dan Ketua Parlimen, Nabih Berri.
Selama ini tentera Lubnan bekerjasama dengan militan Syiah Hizbullah, gerakan Syiah yang dibiayai oleh Iran yang telah menghantar ribuan tenteranya untuk membantu pasukan rejim Bashar Assad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)