Air terjun lima tingkat di benua Antartika ini mengalir dengan mantap dalam warna merah darah daripada Taylor Glacier ke Lake Bonney.
Apabila paras laut meningkat lima juta tahun yang lalu, Timur Antartika telah ditenggelami air dan tasik masin dicipta.
Glasier yang membentuk dan membeku di tasik telah memisahkan tasik dan menjadikannya lebih masin - tiga kali lebih masin hari ini dari air laut dan terlalu masin untuk membeku.
Tasik sub-glasier masin itu kaya dengan zat besi - bercampur ke dalam air oleh glasier yang mengikis batuan dasar - dan, terperangkap di bawah lebih daripada satu perempat daripada sebatu ais, iaitu air yang tidak pernah terkena cahaya matahari, dan tidak juga mempunyai bekalan oksigen terlarut.
Jadi apa yang berlaku apabila air kaya dengan zat besi, bersentuhan dengan udara? Ia berkarat.
Maka warna seperti darah itu datangnya dari warna karat yang terkandung di dalam air tersebut.
[metro.co.uk]
p/s: Masya Allah .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)