Berita Terkini

Kisah Hasan al-Bashri dengan Mayat orang yang Murtad kerana Perempuan

Azab dibakar
Seorang tokoh menuturkan, "Aku duduk bersama al-Hasan  al-Bashri. Tiba-tiba lalu-lah sekelompok orang yang mengusung seorang mayat. Al-Hasan al-Bashri terus pengsan melihatnya. Ketika dia telah sedar, aku bertanya. "Orang itu sebelumnya seorang abid (ahli ibadah) dan zahid yang terkemuka," jawabnya. "Wahai Abu Sa'id, ceritakan kepadaku!" Kata-ku. Dia kemudian bercerita;

Pada suatu hari, orang itu keluar dari rumahnya menuju ke masjid. Di tengah perjalanan, dia melihat seorang wanita Nasrani. Dia tergoda dengan kecantikannya. Si wanita menolaknya, "Aku tidak mahu menikah dengan-mu kecuali kamu mahu masuk agamaku." 

Beberapa waktu kemudian, syahwat dan hasratnya semakin besar. Akhirnya dia menerima syarat wanita itu dan meninggalkan agama yang lurus ini. Ketika dia telah menjadi Nasrani, si wanita keluar seraya menyeru, "Wahai fulan, engkau sungguh seorang manusia yang buruk. Engkau keluar dari agamamu yang telah kau peluk selama ini hanya demi syahwat yang tidak ada ertinya. Sekarang aku meninggalkan agama Nasrani untuk meraih nikmat yang tidak akan lenyap selamanya di sisi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang menjadi tempat segala sesuatu bergantung."

Wanita itu lalu membaca ayat; "Katakanlah Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah-lah tempat segala sesuatu bergantung. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan-Nya." [Surah al-Ikhlas]

Orang-ramai kagum dan hairan. Mereka bertanya kepada wanita itu, "Apakah sebelumnya engkau sudah hafal Surah tersebut?" Si wanita menjawab, "Sama sekali tidak. Ketika orang ini terus memintaku, malam harinya aku bermimpi seolah-olah masuk ke neraka. Tempatku di sana diperlihatkan. Aku menjadi sangat takut. Tiba-tiba ada yang berkata, "Jangan takut dan jangan sedih! Allah telah menebusmu dari neraka dengan lelaki ini." Selanjutnya dia membawaku ke ke syurga. Di sana aku melihat tulisan, "Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya ada ibu kitab (al-Lauh al-Mahfuzh)." [Surah ar-ra'd : 39]  Dia kemudian membacakan Surah al-Ikhlas dan aku mengulangi bacaan-nya. Waktu bangun, aku telah menghafalnya."

Setelah itu, si wanita masuk Islam, sedangkan lelaki itu dibunuh kerana murtad. Kita memohon keselamatan kepada Allah S.w.t.

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu']

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.