Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sejak tahun 1995 dulu lagi, fatwa Haram merokok dikeluarkan oleh JAKIM. Begitu juga dengan fatwa-fatwa dari ulama-ulama dunia termasuklah Dr. Zakaria Al-Bari, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Jumhur ulama semasa mengatakan merokok itu haram. Tetapi masih ramai Muslim yang menghisap dan menghembus asap rokok di luar sana tanpa segan-silu (walaupun seorang tok imam, ustaz, lebai dan seumpamanya).
Pelbagai alasan mereka timbulkan, antaranya tiada nas yang nyata dalam Al-Quran dan Al-Hadits tentang merokok, ulama-ulama dulu memfatwakannya makruh sahaja, ada juga yang mengatakan hisap sekali-sekala sahaja, dan yang paling hebat mereka mengatakan mereka tak kena penyakit pun walau dah tua, dan sebagainya.
Ya, Al-Quran dan Al-Hadits langsung tidak menyebut tentang merokok. Baiklah, kalau begitu, dadah, pil ectasy, syabu, heroin, morfin, ganja dan sebagainya itu, ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadits? Tidak ada juga, tetapi ianya haram atau tidak di"consume"? Lupakah kita bahawa sumber hukum dalam Islam ada 4 iaitu Al-Quran, Al-Hadits, Ijma' Ulama dan Qias?

Perlu kita tahu, mengapa ulama dulu kala mengatakan merokok itu makruh sahaja? Ini kerana pada waktu itu, mereka mengambil kesimpulan bahawa merokok itu menyebabkan mulut berbau busuk, dan menyebabkan batuk-batuk, seumpama itu sahaja. Tetapi kebelakangan, setelah kajian sains mendapati kandungan-kandungan dalam rokok itu adalah bahan-bahan yang merbahaya dan "fatal", maka dari sinilah ulama-ulama terkini mula bermuzakarah dan mengeluarkan fatwa baru berkenaannya.
Contoh lain mudah ialah kita ambil air Milo. Ya, minum Milo adalah hukumnya halal dan harus sekarang ini. Tetapi katakanlah (andaikanlah) suatu hari nanti kesemua minuman Milo dicampurkan dengan LEMAK BABI. Adakah anda masih mahu mengatakan Milo HALAL ketika itu? Fikir-fikir dan renung-renungkan lah. Hukum boleh berubah bergantung kepada keadaan.
Lagi pun, rokok di zaman dulu mungkin jauh berbeza dengan rokok di zaman mutakhir ini. Rokok di zaman ini boleh dikatakan tiada doktor yang mengatakan ianya "tidak merbahaya". Gambar-gambar yang dipaparkan di kotak-kotak rokok tentang penyakit-penyakit yang dihidapi hasil dari merokok pun sudah jelas. Adakah perokok-perokok tidak perasan pada gambar tersebut, atau sengaja buat tutup mata?
Kesan dari merokok itu pula bukan hanya kepada si perokok, tetapi lebih memudaratkan lagi kepada orang sekitarnya kerana "tiada tapisan". Dan yang paling menyedihkan lagi, doktor-doktor pun sudah mengesahkan bahawa benih kita nanti boleh menyebabkan berlaku kemudaratan kepada anak-anak yang dikandung, menyebabkan lahir anak-anak yang cacat, berpenyakit dan seumpamanya, na'udzu billah.

Sudah jelas firman Allah S.w.t yang bermaksud; "....... dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, ......." [Surah Al-Baqarah : ayat 195]
"....... dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu." [Surah An-Nisaa' : ayat 29]
Apa lagi kalau merokok di tempat-tempat awam dapat mengganggu orang ramai, selain dari menyumbang untuk memberi penyakit kepada mereka. Berapa ramai yang menyumpah-seranah di belakang kita akibat terhidu bau asap rokok yang kita hembus?
Ya mungkin penyakit tidak terus datang kepada kita kerana antara lain rokok itu ada "filter" atau penapis. Tetapi tidak kah anda sayang kepada orang-orang di sekitar anda? Kesannya mungkin mereka yang menanggung nanti. Alam sekitar pun menjadi semakin tercemar, dan itu merupakan salah satu "sumbangan" anda. Fikirlah dalam-dalam.
Kenapa kita marah kepada orang yang membakar duit kerana bermain mercun? Tetapi tidak marah dengan diri sendiri yang membakar duit membeli rokok? Pembaziran "detected".
Dan yang paling lucu, kenapa ada ayah yang marah anaknya hisap rokok, sedangkan dia sendiri hisap rokok. Begitu juga ada cikgu atau ustaz yang marah anak muridnya hisap rokok, tapi dia sendiri pong pong hisap asap.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, fatwa juga memutuskan bahawa merokok adalah haram kerana boleh mendatangkan kemudaratan.Justeru menurutnya, bagi yang terus merokok terutama orang Islam, ia jatuh haram dan berdosa besar kerana tidak meninggalkan perkara yang ditegah oleh agama.“Sekiranya perokok itu sedang berusaha untuk berhenti daripada ketagihan merokok, ia telah jatuh kepada hukum makruh.“Ia berdasarkan pandangan sesetengah ulama, yang meringankan hukum itu kepada mereka yang berusaha untuk berhenti daripada tabiat tidak berfaedah itu,” katanya kepada Sinar Harian. [Sinar Harian - 1 Jun 2014]
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, rokok tetap haram walaupun fatwa yang dikeluarkan tidak menggariskan mengenai DNA babi terkandung pada putung rokok.Beliau berkata, jika terbukti benar terdapat DNA babi pada rokok, maka setiap umat Islam wajib untuk berhenti merokok."Namun, jika tiada DNA babi pada rokok pun, sebenarnya dah jatuh hukum haram kerana kandungannya telah haram."Beberapa kandungan yang terdapat dalam rokok seperti tar dan nikotin telah disahkan oleh doktor memudaratkan kepada penghisapnya dan jika benar ada DNA babi, maka lagi haram untuk perokok menghisapnya," katanya. [Sinar Harian - 1 Jun 2014]
Penceramah bebas, Dr. Abd Basit Abd Rahman pula berkata, berdosa besar bagi yang terus merokok kerana ia salah satu maksiat.
“Kempen pencegahan yang kurang dilakukan kerajaan juga, menyebabkan gejala rokok ini tidak dapat dihentikan walaupun dikatakan mengandungi bahan-bahan haram di dalamnya.
“Ketegasan kerajaan amat penting dalam usaha membanteras orang Islam terutamanya terus menghisap rokok,” katanya. [Sinar Harian - 1 Jun 2014]
Sememangnya kerajaan yang sepatutnya terlebih dahulu bertegas dalam soal ini. Tetapi yang dapat kita lihat, kurang sangat usaha dan seperti sambil-lewa. Adakah kerajaan takut hilang punca pendapatan melalui cukai rokok? Atau takut ugutan dari negara-negara barat yang menjualnya?
Kemudian, tauke-tauke kedai yang beragama Islam, mengapa masih lagi menjual produk yang ternyata haram itu?
Rokok memang antara barang yang untung dijual, apa lagi ianya sangat laris. Letak di mana-mana pun ianya laris. Selagi ada orang menjualnya, selagi itu ianya laris. Tambah lagi ianya mudah dan ringan untuk diangkut ke mana-mana.
Mengikut kajian, menjelang tahun 2030, angka kematian tahunan boleh mencapai 8 juta orang, akibat merokok.
Rokok adalah terang-terang antara agenda Illuminati, sila baca di sini.
Merokok boleh menyebabkan lemah tenaga batin.

Ini belum lagi disentuh tentang merokoknya seseorang itu bersama dengan merokoknya jin. Dia memuaskan nafsu syaitan dari golongan jin yang bersamanya. Makin suka lah syaitan itu menetap dalam tubuh orang itu.
Bagaimana pula dengan Rokok Elektronik? Ada juga kajian yang mengatakan bahawa kandungan-kandungan di dalamnya juga boleh mendatangkan mudarat. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pun pernah mengkritik tentang E-Rokok ini. Cuma saya tidak mahu ulas lagi tentang E-Rokok kerana belum ada hujjah-hujjah yang kukuh. Kena kaji dan siasat lah siapa syarikat-syarikat yang keluarkan E-Rokok dan apa motif mereka yang sebenarnya.
Cuma sekadar renungan kita, bagi perokok, cubalah hisap rokok depan cermin, dan tengok keadaan anda. Adakah anda nampak ianya bagus, terutamanya bagi seorang yang bergelar Muslim @ Hamba Allah? Tepuk dada tanya iman.
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang melakukan maksiat terang-terang di hadapan orang ramai. Kerana maksiat yang dilakukan dengan terang-terang tanpa segan silu, mungkin tidak akan diampun oleh Allah S.w.t dan akan diseksa kerananya, wal 'iyaadzu billah.
"Setiap umatku akan dimaafkan, kecuali al-mujahirin (pelaku maksiat dengan terang-terangan). Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata, "Wahai, sifulan, semalam aku melakukan ini dan itu." Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya, tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah S.W.T tutup (pada malam itu)." [HR Bukhari dan Muslim]
Wallahu a'lam ....... :-)
ROKOK itu HARAM dalam islam - Pelbagai ulama
Seminar Nafas Baru menjelang Ramadhan 2012 - Dr. Abdul Basit
Rokok & Yahudi - Ustaz Riduan Mohamad Nor
Merokok Adalah Haram - Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus
Merokok Adalah Haram - Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus
Penjelasan Asy-Syaikh As-Sayyid 'Abdul 'Aziz As-Sa'dani dari Mesir tentang rokok
SILA BACA! Antara kaedah Berhenti Merokok versi saya