Tembakau mungkin akan membunuh hampir enam juta orang lagi pada tahun ini, termasuk 600,000 orang bukan-perokok, kerana kerajaan negara masing-masing tidak melakukan secukupnya untuk memujuk orang ramai agar berhenti atau melindungi orang lain dari perokok pasif, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO - World Health Organization) berkata pada hari Selasa.
Menjelang tahun 2030, angka kematian tahunan boleh mencapai 8 juta orang, akhbar Toronto Sun melaporkan.
Penggunaan tembakau merupakan penyebab kedua kematian secara global, selepas hipertensi (darah tinggi). Tahun ini lebih dari 5 juta mungkin akan meninggal dunia kerana serangan jantung yang berkaitan dengan tembakau, stroke atau penyakit paru-paru. Walaupun begitu, peluang masih ada untuk sama-sama mencegahnya.
Merokok sememangnya menyebabkan kita menjadi ketagih, seperti juga Heroin dan dadah-dadah lain. Ianya memerlukan semangat dalaman serta bantuan dari rakan-rakan , keluarga dan siapa saja untuk membantu supaya berhenti merokok.
[Gulf News , Pravda.ru]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)