Berita Terkini

Kisah Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi

Kisah Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi
Abdur Rahman ibnu Humaid mengatakan di dalam kitab tafsir-nya, telah menceritakan kepada kami Rauh, dari Hisyam, dari Al-Hasan yang mengatakan bahawa Adam a.s tinggal di dalam syurga hanya selama sesaat di siang hari. Satu saat tersebut sama lamanya dengan 130 tahun hari-hari dunia. 

Abu Ja'far Ar-Razi meriwayatkan dari Ar-Rabi' ibnu Anas yang mengatakan bahawa Adam keluar dari syurga pada pukul sembilan atau pukul sepuluh; ketika keluar, Adam membawa sebuah tangkai pohon syurga, sedangkan di atas kepalanya memakai mahkota dari dedaunan syurga yang diuntai sedemikian rupa merupakan untaian daun-daunan syurga. 

As-Saddi mengatakan bahawa Allah berfirman;  اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا

 "Turunlah kalian semua darinya (syurga)." [Al-Baqarah : 38] 

Maka turunlah mereka, sedangkan Adam turun di India dengan membawa Hajarul Aswad dan segenggam dedaunan syurga, lalu dia menaburkannya di India, maka tumbuhlah pepohonan yang wangi baunya. Sesungguhnya asal mula wewangian dari India itu adalah dari segenggam dedaunan syurga yang ikut dibawa turun oleh Adam. Sesungguhnya Adam menggenggamnya hanya terdorong oleh rasa penyesalan-nya kerana dia dikeluarkan dari syurga. 

Imran ibnu Uyaynah meriwayatkan dari Ata ibnus Sa-ib, dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa Adam diturunkan di Dahna, salah satu wilayah negeri India. 

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Zar'ah, telah menceritakan kepada kami Usman ibnu Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Ata, dari Sa'id, dari Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa Adam diturunkan di suatu daerah yang dikenali dengan nama Dahna, terletak di antara Mekah dan Thaif. 

Al-Hasan Al-Basri mengatakan bahawa Adam diturunkan di India, sedangkan Hawa di Jeddah; dan iblis di Dustamisan yang terletak beberapa batu dari kota Basrah, sedangkan ular diturunkan di Asbahan. Demikianlah riwayat Abu Hatim. 

Muhammad ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ammar ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Sa'id ibnu Sabiq, telah menceritakan kepada kami Umar ibnu Abu Qais, dari Az-Zubair ibnu Addi, dari Ibnu Umar yang mengatakan bahawa Adam diturunkan di Safa, dan Hawa diturunkan di Marwah. 

Raja ibnu Salamah mengatakan bahawa Adam a.s diturunkan, sedangkan kedua tangannya diletakkan pada kedua lututnya seraya menundukkan kepalanya. Iblis diturunkan, sedangkan jari jemari tangan-nya dia satukan dengan yang lainnya seraya mengangkat kepalanya ke langit

Abdur Razzaq mengatakan bahawa Ma'mar pernah mengatakan, telah menceritakan kepadanya Auf, dari Qasaniah ibnu Zuhair, dari Abu Musa, "Sesungguhnya ketika Allah menurunkan Adam dari syurga ke bumi, terlebih dahulu Dia mengajarkan kepadanya membuat segala sesuatu dan membekalinya dengan buah-buahan syurga. Maka buah-buahan kalian ini berasal dari buah-buahan syurga, hanya bezanya buah-buahan yang ini berubah, sedangkan buah-buahan syurga tidak berubah."

Az-Zuhri meriwayatkan dari Abdur Rahman ibnu Hurmuz Al-A'raj, dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

"Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari Jumaat pula dia dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari Jumaat pula dia dikeluarkan darinya." [Riwayat Imam Muslim dan Imam Nasai]

فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-nya, maka Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Al-Baqarah : 37]

"Tidakkah mereka mengetahui, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya." [Surah at-Taubah : 104]

Dan ayat-ayat lainnya yang menunjukkan Allah S.w.t mengampuni semua dosa dan menerima taubat orang yang bertaubat. Demikianlah sebahagian dari kelembutan Allah terhadap makhluk-Nya dan kasih-sayangNya kepada hamba-hambaNya. Tidak ada Tuhan yang wajib disembah melainkan Dia Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir,  tafsir Surah al-Baqarah : ayat 36 dan 37]


Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa Adam lalu diturunkan dari syurga, padahal sebelum itu keduanya memakan buah syurga dengan melimpah ruah dan tanpa susah payah. Kemudian dia diturunkan ke tempat (dunia) yang makanan dan minumannya tidak melimpah, tetapi harus dapatkan dengan susah payah.

Maka mulailah Adam belajar membuat alat besi, dan diperintahkan untuk membajak dan menanam tanaman serta mengairinya. Ketika telah tiba masa menuai, maka dia menuainya dan memilih biji-bijiannya serta menggilingnya menjadi tepung, lalu membuat adunan roti darinya, setelah itu baru dia memakannya. Tetapi Adam tidak dapat melakukan itu kecuali setelah Allah Ta'ala mengizinnya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir,  tafsir Surah al-A'raaf : ayat 23]


Ibnu Jarir menyebutkan dari Ibnu Abbas, bahawa Allah Ta'ala berfirman (dalam hadits Qudsi); "Wahai Adam, sesungguhnya Aku memiliki tanah haram yang berhadapan dengan 'Arasy-Ku. Pergilah ke sana dan bangunkan sebuah rumah untuk-Ku di sana. Lalu tawaflah kamu di rumah tersebut, sebagaimana halnya para malaikat-Ku tawaf di 'Arasy-Ku." Kemudian Allah mengutus satu malaikat kepada Adam untuk menunjukkan tempatnya dan mengajar tatacara manasik. Disebutkan bahawa setiap jejak langkah Adam kelak akan menjadi sebuah perkampungan.

Juga terdapat dalam sebuah riwayat dari Ibnu Abbas bahawa makanan yang pertama dimakan oleh Adam di bumi adalah makanan yang dibawa oleh Jibril berupa tujuh biji gandum.

Adam bertanya, "Apa ini?"

Jibril menjawab, "Ini berasal dari pohon yang telah Allah larang untuk engkau makan (ketika di syurga)."

Adam bertanya, "Lalu apa yang mesti aku perbuat dengannya?"

Jibril menjawab, "Tanamlah biji tersebut di tanah."

Maka Adam menanamnya. Setiap biji dari biji-biji tersebut tumbuh menjadi lebih dari seratus ribu biji. Biji-biji tersebut tumbuh dan Adam pun menuainya, menumbuk, menggiling, mengaduninya dan membuatnya menjadi roti. Kemudian Adam memakannya setelah melalui jerih-payah dan usaha keras.

Hal inilah maksud dari firman Allah Ta'ala yang ertinya; "Maka jangan sampai sekali-kali dia (Iblis) mengeluarkan kalian berdua dari syurga yang menyebabkan kalian sengsara..." [Surah Thaaha : 117]

Pakaian yang pertama kali mereka kenakan adalah bulu biri-biri. Mulanya Adam menyembelih biri-biri , lalu memintal bulunya dan menenun-nya. Kemudian menjadikan jubah untuk dirinya. Dan baju serta tudung untuk Hawa.

Para ulama menyebutkan bahawa setiap kali mengandung, Hawa melahirkan dua anak kembar lelaki dan perempuan. Dan Adam diperintahkan untuk menikahkan anak lelakinya dengan anak perempuannya dari kembar anak lelaki lain, dan seterusnya. Sejak saat itu, tidak dihalalkan menikah dengan saudara kembarnya sendiri.

[Imam Ibnu Katsir - Qashashul Anbiya']


Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.