Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

» » » Cegah Diabetes: Penjualan minuman bergula dikaji semula

Minuman banyak gula
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian semula ke atas penjualan minuman bergula di negara ini dalam usaha mengekang peningkatan penyakit diabetes (kencing manis) dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara lain, kajian semula itu melibatkan penjualan, kandungan gula dan harga seperti yang dilakukan di Denmark, Hungary serta United Kingdom.

Keputusan kajian semula itu akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan kali kelima di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kira-kira dua juta orang dewasa di negara ini menghidap diabetes, melebihi jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 807,000 penghidap diabetes di Malaysia pada 2025.

Beliau berkata peningkatan jumlah pesakit ini berpunca daripada kurang mengambil berat terhadap pengambilan makanan seimbang dan cara hidup sihat.    

"Ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap keluarga, ekonomi dan perkhidmatan kesihatan negara," katanya. 

[Bernama]


p/s: Bagus! Dah lama orang suruh kaji. Kali ini harap kaji betul-betul, terutamanya terhadap minuman-minuman bergas yang mempunyai kandungan gula yang melampau.

Selepas ini, adakan had / "limit" kandungan gula yang boleh diletak dalam minuman yang dijual. Juga cek balik kandungan-kandungan bahan kimia dan sebagainya.

Apa-apa pun, kalau tidak minum terus minuman bergas lagi bagus. Banyak lagi air lain yang boleh diminum insya Allah. Dan kalau mampu, minum minuman yang mengandungi herba-herba yang berkhasiat. :-)

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (126) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (20) Kamera digital (15) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (56) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (189) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (45) Landskap (108) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (58) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (22) Perang (32) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (59) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (20) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (42) Teknologi (232) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (160) Time lapse (39) Timur Tengah (173) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (290) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)