Berita Terkini

Tujuan kemuncak Zionisme mendirikan Kerajaan Daud dan Sulaiman

Bendera israel
Gabungan antara fundamentalis sayap kanan di Israel, Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dengan Parti Yisrael Beiteneu yang dipimpin Menteri Luar Avigdor Lieberman, serta semakin popularnya sayap kanan di mata rakyat Israel, ini menandakan kecenderungan rakyat Israel mempunyai pandangan yang sama dengan para pemimpin sayap kanan, yang mempunyai cita-cita ingin membina Israel Raya.

Tak pelik bila Israel terus menolak langkah-langkah perdamaian yang didorong oleh AS, yang sebenarnya sudah sangat menguntungkan bagi kepentingan masa depan Israel. Idea dua negara Palestin-Israel, yang digagas oleh AS itu, tak mempengaruhi pemimpin Israel, khususnya sayap kanan, yang sekarang berkuasa. Netanyahu menolak mentah-mentah idea dua negara itu. Idea dua negara itu, hanyalah akan menjadi malapetaka bagi keselamatan Israel.

Hakikatnya politik Zionis itu, tak lain, bangkitnya kembali entiti Yahudi, yang diaspora (berselerak) di seluruh dunia, dan menyatu kembali ke dalam satu bangsa, dan hidup di tanah yang 'dijanjikan', Palestin. Gerakan Zionisme itu meniru gaya penjajahan Barat secara politik. Selama beberapa dekad gerakan Zionisme itu, belajar dan berkhidmat kepada Barat dan mewujudkan kepentingan-kepentingan bersama antara keduanya. Maka, sangatlah wajar, bila sekarang terjadi apa yang disebut dengan 'mutualisma simbiosa' antara Zionisme dengan Barat.

Gerakan Zionisme itu mempunyai tujuan akhir yang hendak diwujudkan, dan bukan hanya ingin mendirikan negara Israel Raya, tetapi mempunyai tujuan yang lebih luas diantaranya:

1. Gerakan Zionisme mempunyai tujuan akhir mendirikan Kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman, yang menjadi sebuah mitos dikalangan masyarakat Yahudi, dan dibina oleh kalangan Zionis, yang sangat aktif secara politik dan ideologi.

2. Melakukan penguasaan sumber daya ekonomi dan sumber  daya alam vital bagi menunjang gerakan, terutama bagi membina negara yang menjadi 'Kerajaan' Nabi Daud dan Sulaiman. 

3. Menanamkan doktrin Zionisme kepada seluruh orang-orang Yahudi di seluruh dunia, tentang doktrin tanah yang dijanjikan, Palestin, dan menjadi hak mutlak bagi mereka. Kerana itu, tak ada entiti lain, yang mempunyai hak hidup di kawasan itu. 

4. Watak hubungan saling berkaitan antara politik dan ekonomi itu, sudah menjadi ideologi Zionisme yang mapan, dan sangat mempengaruhi dalam setiap gerak dan langkah, yang mereka lakukan. Kerana itu, setiap gerakan Zionisme berusaha melakukan penguasaan terhadap setiap kerajaan di dunia, dan menguasai ekonomi mereka.

5 . Mewujudkan langkah-langkah strategik, yang bertujuan melemahkan perjuangan bangsa Arab dan Islam dalam menghadapi Zionis-Israel dengan politik adu-domba (divide at impera), dan menanamkan sekularisme, yang menghilangkan fanatik terhadap agama (Islam), dan mendorong agar fahaman pluralisme itu menjadi ideologi. Dengan cara itulah gerakan-gerakan yang menentang Zionisme akan menjadi lemah. Kerana masyarakat muslim sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap agama mereka.

Gerakan Zionisme ini berdiri kukuh di atas landasan yang besar, bahawa Yahudi itu bukan sekadar konsep agama, melainkan juga negara yang disokong dengan ideologi menjajah melalui cara penguasaan, baik secara politik, ekonomi, yang disokong dengan ideologi. Inilah hakikat Zionisme yang ada ini.

Tak bakal lahir Palestin yang merdeka, hanya bergantung kepada belas kasihan Israel, seperti apa yang sudah dilakukan Mahmud Abbas dan Pertubuhan Al-Fatah sekarang, yang benar-benar berkhidmat kepada Israel. Tak juga dengan perundingan dan perdamaian yang akan menghasilkan sebuah cita-cita kemerdekaan, kerana Israel tak menginginkan Palestin menjadi sebuah entiti politik yang wujud dan berdaulat. Israel hanyalah menginginkan Palestin itu, sebagai sebuah bangsa kelas dua, yang hidupnya bergantung oleh belas kasihan Israel (*apa-apa pun semua itu dengan izin Allah).

Inti sari konsep Zionisme itu, tak lain, adalah sikap fanatik dan ortodok, yang sangat mendalam, yang tidak mungkin akan berubah. Mereka mempunyai gambaran yang sesuai tentang negara, yang membentang dari Sungai Nil (Mesir) sampai Sungai Eufrat (Iraq). Inilah yang menjadi bentuk kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman, di era Benyamin Netanyahu sekarang ini. 

Apakah konsep Zionisme yang membina kerajaan Daud dan Sulaiman itu sudah menjadi kenyataan? Secara wilayah (wilayah) negara mungkin belum. Tetapi, secara substansi (hakikat), sebenarnya negara-negara tetangga Israel itu sudah menjadi wilayah negara Israel. Kerana, negara-negara di sekeliling Israel itu, sudah mengabdi kepada kepentingan Israel. Mereka tidak merupakan sebuah negara yang berdaulat yang boleh menentukan dasar secara bebas.

Kes yang sangat jelas, seperti ketika Israel menyerang Gaza, tak ada satupun, negara Arab di sekelilingnya yang berani menentang Israel, tapi yang ada justeru mereka menyokong tindakan pencerobohan Israel ke wilayah Gaza, yang bertujuan untuk menumpaskan "pengganas" Hamas. Para pemimpin Arab, seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak, Raja Arab Saudi Abdullah, Raja Jordan Abdullah, dan Presiden Syria Bashar Assad, dan Presiden Lubnan Rafiq Hariri, mereka membiarkan rakyat Palestin dihancurkan oleh Israel. 

Jadi Kerajaan Daud dan Sulaiman hakikatnya sudah berdiri di tanah Arab, yang membujur dari sungai Nil (Mesir) sampai ke sungai Eufrat (Iraq). Walaupun, wilayah itu masih mempunyai pemerintahan, presiden, raja, tapi semuanya mengabdi kepada Zionis Israel.


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.