Berita Terkini

Pasangan Suami Isteri punyai DNA yang Sama - kajian

Aya dan Zaim outdoor wedding photo
Seringkali disebut, pasangan suami isteri adalah dua jiwa berbeza yang disatukan. Namun, penyelidikan genetik menunjukkan bahawa suami isteri di dunia ternyata mempunyai DNA yang sama. 

Ben Domingue dari University of California meneliti 800 pasangan suami isteri di dunia dan lelaki dan wanita yang sengaja dipasangkan secara random. Dia menganalisis DNA orang-orang itu dan membandingkan dengan pasangannya. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa sepasang suami isteri cenderung mempunyai persamaan genetik. Ini seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris, "birds of the same feather flock together", mereka yang mempunyai kesamaan berkumpul atau bersatu.

Domingue berkata, perkara itu boleh jadi merupakan akibat dari orang yang cenderung memilih pasangan dari etnik yang sama atau tinggal berdekatan. Orang juga cenderung memilih pasangan dengan tinggi, hobi, dan latar belakang pendidikan yang sama. 

Diberitakan Daily Mail, Selasa (20/5), penyelidikan yang diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences ini bertentangan dengan hasil penyelidikan sebelumnya yang menemui bukti bahawa manusia cenderung tertarik pada yang berbeza.

Penyelidikan sebelumnya menyatakan, manusia memilih pasangan yang berbeza dengan alasan meningkatkan kekebalan tubuh. Bila berkahwin dengan individu yang bertolak belakang, keturunan akan memperolehi keuntungan berupa kekebalan terhadap lebih banyak sumber penyakit. 

Hasil kajian kali ini selaras dengan hasil kajian penyelidik State University of Michigan pada tahun 2010 yang menyatakan bahawa manusia cenderung memilih jodoh yang merupakan cermin dari dirinya.

[Kompas / National Geographic / Mail Online]


p/s: Benar atau tidak kajian di atas, Wallahu a'lam. Walaubagaimana ia suatu yang menarik untuk difikir-fikirkan, tentang kecanggihan ciptaan Allah S.w.t. Apa-apa pun yang pasti ialah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, sama ada jodohnya di dunia ataupun di syurga, insya Allah.

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." [Surah an-Nur : ayat 26]

Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.