Presiden Russia Vladimir Putin menyebut internet sebagai projek Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) yang sampai sekarang masih dikendalikan oleh Amerika.
Dalam forum media di bandar St Petersburg pada Khamis (24/04), Putin berkata bahawa sejak awal internet dibangunkan oleh badan mata-mata Amerika dan sekarang masih dikendalikan oleh Amerika.
"Itulah hidup. Begitulah awalnya dibangunkan oleh Amerika. Semua ini bermula sejak lahirnya internet sebagai projek khas CIA. Dan ini terus berkembang," kata Putin dalam kenyataan yang disiarkan televisyen Russia.
Putin mengatakan Russia perlu menolak perkara yang disebutnya sebagai monopoli internet oleh Amerika Syarikat dengan cara memperjuangkan kepentingan Russia di dunia maya.
Menurutnya, terkuaknya skala mata-mata internet oleh Amerika yang didedahkan oleh pembocor rahsia, Edward Snowden, menunjukkan bahawa AS terlibat dalam konfrontasi maklumat.
Para wartawan mengatakan kerajaan Russia ingin sekali mengetatkan kawalan asas internet yang telah digunakan oleh kubu pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Awal minggu ini, Pavel Durov itu, Klik pengasas laman jejaring sosial Russia, Klik VKontakte, menyatakan sudah melarikan diri ke luar negeri setelah dipaksa berundur dari jabatannya oleh badan keselamatan.
Durov mengaku telah diusir dari VKontakte selepas menolak mengungkap identiti para pengguna yang terlibat dalam protes pro-Kesatuan Eropah di Ukraine.
Parlimen Russia minggu ini mengeluarkan peraturan yang menghendaki setiap website media sosial untuk menyimpan server mereka hanya di Russia dan menyimpan semua maklumat tentang pengguna mereka.
[BBC / Era Muslim]