مَا قَلَّ وَكَفَى خَيْرٌ مِمَّا كَثُرَ وَأَلْهَى
"Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan." [Hadits shahih riwayat Abu Daud]
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ الله بما آتاه
"Alangkah beruntungnya orang yang memeluk Islam, dan diberi rezeki yang cukup, serta bersifat qana'ah (senantiasa merasa cukup ) terhadap apa yang diberikan Allah." [Hadits riwayat Muslim]
Bayangkan kalau semua orang bersikap qana'ah dan meraih harta dunia hanya sekadar mencukupkan keperluan, maka insyaAllah tidak akan wujudlah penindasan, berebut harta, mencuri, merompak, meragut, hasad dengki, dan serba-serbi yang MELALAIKAN dari mengingati dan menghambakan diri kepada Allah S.w.t. DUNIA AKAN JADI AMAN SEAMANNYA .......
Akan tetapi kebanyakan manusia hanya suka menurut HAWA NAFSU. Jika hawa nafsu tidak ditundukkan, maka semakin bercelaru dan kucar-kacir lah hidup manusia walaupun berada di dalam zaman teknologi yang serba canggih.
"Celaka hamba wang dinar, dirham, sutera, dan pakaian. Jika diberi dia redha, dan jika tidak diberi dia tidak redha." [Hadits Riwayat Bukhari]
Kerana itu lah Lawan hawa nafsu adalah permulaan ibadah.
Sila ikuti video kuliah oleh Dr Abdul Basit @ Abu Anas al-Madani di bawah bagi penjelasan tentang hadits dalam gambar di atas;
p/s: Tanya diri kita, adakah kita hanya suka BEKERJA / BERAMAL apa-apa yang MENDATANGKAN DUIT dan HARTA DUNIA sahaja? Bagaimana dengan amalan-amalan yang NABI SURUH / GALAKKAN, yang TAK DAPAT DUIT jika dilaksanakan tetapi GANJARAN YANG SANGAT BESAR di akhirat nanti ....... mana satu pilihan anda? Panduan-panduan telah diberikan oleh Rasulullah S.a.w .. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)