Berita Terkini

Pandang ke mana saja nampak ALLAH

Setiap hari, kita lihat makanan dan segala yang kita dapat, ingat Ar-Razzaq (Pemberi rezeki).

Lihat keindahan alam, ingat Al-Khaliq (Maha Mencipta) dan Al-Mushowwir (Maha Menggambarkan).

Lihat kasih sayang seorang manusia terhadap manusia lain, ingat Ar-Rahman (Maha Penyayang) yang memasukkan sifat sayang ke dalam diri manusia.

Lihat seorang yang bijak, ingat Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana).

Lihat penderitaan pada seseorang manusia, ingat bahawa AZAB ALLAH sangatlah pedih.

Kita lihat ada orang yang baru lahir dan ada orang yang baru mati, kita ingat pada al-Hayyu (Yang Menghidupkan) dan al-Mumit (Yang mematikan).

Kita lihat sifat-sifat yang LEMAH pada makhluk. Maka itu semua adalah sifat-sifat yang MUSTAHIL bagi Allah Azza wa Jalla, kerana Allah hanya bersifat dengan sifat-sifat yang SEMPURNA dan MAHA HEBAT.  ALLAHU AKBAR!

Dan sebagainya lagi untuk sentiasa ditafakkurkan .......

Itulah antara yang dimaksudkan PANDANG KE MANA SAJA NAMPAK ALLAH, bukan nampak zatNya, tetapi nampak SIFAT dan AF'AL (perbuatan-perbuatan) Nya

Apa lagi yang lebih NIKMAT selain dari bersama ALLAH? SUBHANALLAH ..

"Dan pada bumi ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri, maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"  [Surah Adz-Dzaariyaat : 20 - 21]

"Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya. Dan menyebut-nyebut (dengan lidah dan hatinya) akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu')."  [Surah Al-A'laa : 14 - 15]

Imam Ahmad bin Hanbal r.a pernah mengumandangkan dua syair berikut ini;

Jika pada suatu hari engkau pernah merasa sendirian,
maka janganlah engkau katakan, "Aku sendirian",
Tetapi katakanlah, "Aku ada yang mengawasi",

Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah dapat saja lengah sesaat,
dan janganlah mengira pula,
bahawa apa yang engkau sembunyikan itu tersembunyi dari Allah.  [Petikan dari Tafsir Ibnu Katsir - Surah Al-Hadiid]


Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.