Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » Tuan Guru Harun Taib meninggal dunia

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Sehingga ini, punca kematiannya belum diketahui. Bagaimanapun, laman web rasmi PAS sebelum ini melaporkan Allahyarham tidak sedarkan diri sejak kira-kira 5 petang semalam. 

Ketua Perangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata jenazah Allahyarham Tuan Guru Harun Taib dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, 10 pagi ini.

Menurut laman rasmi parti itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.



Semoga Tuan Guru Harun Taib berbahagia dan tenang di sana, amiin. Al-fatihah .......

"Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan sekali mencabutnya dari manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para ulama sehingga apabila Allah tidak menyisakan lagi seorang ulama’ pun, maka manusiapun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil. Mereka (para pemimpin) ditanyai, lalu mereka pun memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (manusia)." [HR. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Ilm (100), dan Muslim dalam Kitab Al-Ilm (2673)]

"Diantara tanda-tanda kiamat, diangkatnya ilmu, dan kukuhnya (banyaknya) kejahilan."   [HR. Al-Bukhari dalam Shahih-nya (80), dan Muslim dalam Shahih-nya (2671)]


p/s:  Kepada yang tidak berkesempatan untuk solat jenazah hadhir kepada Allahyarham, marilah sama-sama kita lakukan Solat Ghaib kepada beliau. Semoga Allah menerimanya, amiin .......

Solat Jenazah besar fadhilatnya.  "Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud."  [Muttafaq 'alaih]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)