Sebuah laporan terbaru mendedahkan bahawa Israel secara diam-diam telah membina senjata nuklear sejak tahun 1950-an. Pembangunan ini tak pernah mendapat kecaman dari masyarakat antarabangsa hasil sokongan dari sekutu Barat-nya.
Reaktor nuklear Israel di Dimona
Laporan yang diterbitkan oleh akhbar harian Inggeris, The Guardian pada Ahad (19/1/2014) mengatakan bahawa teknologi dan material program nuklear Israel diperoleh dari sekutunya atau barang rampasan oleh para agen Mossad.
Laporan itu berkata, Tel Aviv telah berjaya memasang sebuah senjata nuklear bawah tanah. AS, Perancis, Britain, Jerman dan Norway masuk dalam senarai sebagai penyumbang utama program Israel ini.
Hal ini diketahui setelah Israel diketahui memperolehi 20 tan air murni dari Norway melalui Britain, serta pembelian sekitar 100 tan uranium dari Argentina pada tahun 1960 tanpa diketahui pihak antarabangsa.
Gambar rahsia reaktor nuklear di Dimona, Israel, menunjukkan di mana loji itu dikatakan telah berselindung
[sm / islampos / pt / The Guardian]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)