Berita Terkini

Kisah Imam As-Syafi'e menjelang KEMATIANNYA

Al-Mazini bercerita; aku menemui As-Syafi'e r.a sewaktu dia sakit menjelang kematiannya. Aku bertanya, "Bagaimana keadaanmu?"  Dia menjawab, "Aku akan meninggalkan dunia, berpisah dengan saudara-saudaraku, meneguk gelas kematian, berjumpa dengan buruknya amal, dan kembali kepada Allah. Aku tidak tahu apakah roh ku akan kembali ke syurga sehingga layak ku beri ucapan selamat ataukah ke neraka sehingga aku layak berdukacita kepadaNya."  Dia lalu menangis dan bersenandung;

Saat hatiku sesak dan jalanku sempit hanyasa pada ampunanMu lah tangga ku,
Dosaku nampak demikian besar namun ampunanmu Tuhan jauh lebih besar,
Engkau sentiasa mengampuni dosa serta berbaik hati dan memberi maghfirah sebagai anugerah
Andai bukan keranaMu, tidak seorang pun hamba selamat dari Iblis
Bagaimana tidak, hamba pilihanMu, Adam pernah disesatkannya.  

[Petikan dari kitab Bahr al-Dumu’ , versi terjemahan bernama Air Mata Cinta Pembersih Dosa - Imam Ibnu Al-Jawzi]


Imam As-Syafi'e pun merasa TIDAK AMAN dan TAKUTNYA pada Allah. Bagaimana dengan kita?  Merasa cool dan tidak takut padaNya?

Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam As-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam As-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam As-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.

Imam As-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah), dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas Asar. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani(274H/888M).  [Biografi Imam As-Syafie]

Allah S.w.t merahmati Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e dan semoga berada di kalangan kekasih-kekasih Allah di sana, amin.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Jibril a.s pun menangis di hadapan Rasulullah S.a.w kerana TAKUTKAN ALLAH.

Israfil dan para malaikat a.s menangis kerana TAKUTKAN ALLAH, sebelum peristiwa penciptaan Nabi Adam a.s.

Para nabi, rasul a.s dan Nabi Muhammad S.a.w sendiri pun sentiasa MENANGIS kerana TAKUTKAN ALLAH.

Adakah kita tidak merasa ingin MENANGIS kerana TAKUTKAN ALLAH?

"....... dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."  [Surah Al-Imran : 175]

"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga." [Surah Ar-Rahman : 46]

Nabi S.a.w bersabda yang maksudnya; "Tiap-tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." [Hadits Riwayat Abu Naim]

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah S.w.t selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah S.w.t dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah S.w.t dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." [Hadits riwayat at-Tirmidzi]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.