Kerajaan Brunei Darussalam telah mengumumkan akan melaksanakan undang-undang Hudud atau jenayah Syari'ah Islam mulai tahun depan. Hal ini telah diumumkan oleh pemimpin negara tersebut , Sultan Hassanal Bolkiah, pada Selasa ( 22/10/2013 ) .
Dalam sebuah acara yang rasmi diadakan untuk mengumumkan rancangan penerapan undang-undang jenayah Syari'ah ini, Sultan Bolkiah menegaskan bahawa pihaknya tidak meminta pendapat atau izin dari pihak manapun untuk melaksanakan undang-undang ini melainkan semata -mata kerana perintah dari Allah ( Subhanahu wa Ta'ala) .
"Al-hamdulillah , dalam sejarahnya Brunei Darussalam selaku bumi bertuah ini (bumi yang diberkati ) tidaklah pernah meminta kebenaran daripada sesiapapun untuk memilih Islam sebagai agama rasmi negara. Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syari'ah, demi kerana ia adalah semata-mata hidayah (petunjuk) khusus daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayah itu adalah mutlak menjadi hak Allah, " tegas Sultan Bolkiah, seperti dilaporkan oleh The Brunei Times.
Dalam kesempatan itu, Brunei juga mendemonstrasikan contoh pelaksanaan hukum hudud yang rencananya mulai diterapkan pada April tahun depan.
Pelaksanaan undang-undang Hudud ini, akan dilaksanakan dengan sangat hati-hati, teliti dan adil, tentunya berdasarkan ketentuan yang ada pada Al-Qur'an dan Sunnah.
Selain itu, orang awam juga diberi penjelasan perihal keadilan dan manfaat dari undang-undang jenayah Syari'ah ini sehingga tidak menimbulkan salah faham.
[arrahmah.com , The Brunei Times]
SubhanAllah TabaarakAllah Ya 'Aliimul Hakiim .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)