Berita Terkini

Jadikan hari Jumaat (hari ini) sebagai hari penentangan Umat Islam dunia terhadap pembantaian di Mesir - Syaikh Al-Qaradhawi

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Muslimin se-Dunia (Al-Ittihad al-'Alami li' Ulama 'al-Muslimin) melalui pernyataan rasminya menyingkap pembunuhan umat Islam oleh diktator tentera Mesir yang terjadi sejak Rabu (14/8/2013 ) pagi waktu Mesir, lapor elbehira.

Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada Kaum Muslimin di seluruh dunia untuk menjadikan hari Jumaat (16/8) hari ini sebagai hari pengecaman Umat Islam dunia terhadap pembunuhan besar dan atas ditumpahkannya darah Kaum Muslimin di Mesir.

Dalam menyingkapi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh diktator tentera Mesir terhadap Umat Islam di sana, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi pada hari Khamis (15/8), berkata: "Saya menyeru kepada semua Umat Islam di seluruh dunia untuk menjadikan hari Jumaat, 16 Ogos, sebagai hari pengecaman terhadap pembunuhan [di Mesir]. "

Beliau menambah: "Saya menyeru kepada negara 'Islam' atas nama saya dan nama Persatuan Ulama Muslimin Dunia, untuk turun ke jalan pada hari Jumaat esok (16 Ogos 2013)."

Persatuan Ulama Muslim Dunia telah menyebut dalam satu kenyataan agar semua warga Mesir turut keluar dari rumah mereka beserta keluarga mereka dan anak-anak mereka, untuk bergabung dengan penunjuk perasaan, untuk memperbanyak jumlah mereka, kecuali ada uzur syar'i yang menghalang mereka untuk menyertai.

Disebutkan pula bahawa tunjuk rasa ini diperlukan untuk menunjukkan kekuatan Kaum Muslimin, dan keselamatan para penunjuk perasaan berada di tangan Allah, tidak akan terjadi apa-apa kepada mereka kecuali apa yang Allah tetapkan atas mereka.

Seruan ini juga ditujukan kepada ahli-ahli negara-negara Arab dan Islam yang setia dan percaya akan kesatuan Umat Islam. Bahawa diperlukan sinergi dalam menghadapi kesulitan Umat Islam, untuk bergabung dengan saudara-saudara mereka di Mesir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.