Berita Terkini

Akan datang Musa mengakhiri kezaliman Firaun baru di Mesir - Erdogan

Recep Tayyip Erdogan
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kembali melontarkan pernyataan pedas terhadap pemerintahan Mesir yang baru, kali ini Erdogan menyatakan bahawa Mesir sedang menunggu 'Musa' untuk menentang kezaliman 'Fir'aun baru', katanya.

Erdogan juga menyerang negara-negara Barat dalam pernyataannya pada konferens Pers di lapangan terbang Ankara sebelum dia melakukan perjalanan ke Turkmenistan, dia mengatakan, "Demokrasi di dunia akan menjadi meragukan jika Barat tidak mengambil langkah serius, dan mereka yang diam tidak peduli terhadap tragedi di Mesir akan dianggap sebagai sebahagian dari para pembunuh."

"Saya menyeru wahai negara-negara Barat. Anda telah bertindak diam di Gaza, anda juga tetap diam (krisis) di Syria ... dan anda masih juga diam di Mesir ... Jadi kenapa anda bercakap tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global dan hak asasi manusia? "

Erdogan menambah, "para pemberontak telah membantai mereka yang ingin mengambil suara mereka dalam sistem Demokrasi, tetapi Barat tidak menganggap apa yang berlaku sebagai Kudeta, meskipun ia mengakui dalam dialog dua hala."

Kemudian Erdogan menambah, "rakyat Mesir akan menerima hak-hak mereka cepat atau lambat, dan suatu hari nanti akan datang 'Musa' yang akan menamatkan kezaliman 'Fir'aun baru'."

Pejabat berita Turki 'Jihan' mengatakan bahawa Erdogan juga telah meminta Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan sidang darurat membahas peristiwa terkini dan perkembangan di Mesir.





Senjata Israel Digunakan untuk Tembak Penyokong Mursi, Ada Tertulis Bahasa Ibraninya

Senjata Israel kemungkinan digunakan untuk membubarkan aksi demonstrasi penyokong presiden yang digulingkan Mesir, Muhammad Mursi, Rabu (14/8) lalu.

Pesawat kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Kaherah Antarabangsa pada hari ketika pasukan keselamatan Mesir melakukan pembubaran paksa terhadap penunjuk perasaan yang melakukan aksi duduk bersama menyokong Mursi.

Dany Novery, wartawan Mi'raj News Agency di Kaherah, mengesahkan hal tersebut. Dia mengatakan kemungkinan senjata Israel telah masuk pada Rabu semalam.

'' Sebab, senjata-senjata yang menyerang penunjuk perasaan seperti gas air mata, tin gas, peluru, bertulis bahasa ibrani,'' kata Novery seperti dikutip MINA.

Sementara penyumbang Mi'raj News Agency di Kaherah, Amran Hamdani, menyebutkan laporan media tempatan menyaksikan pesawat kargo Israel nampaknya membawa peluru dan kemungkinan persenjataan yang didakwa sebagai bantuan untuk tentera Mesir.

Saksi mata melaporkan ada ambulans yang datang ke Rab'ah Adawiyah membawa penuh peluru untuk para tentera. Hal itu dilihatnya setelah pemandu ambulans menolak membawa korban meninggal yang dimintanya.

'' Dia (saksi mata) melihat di dalam kereta itu penuh dengan peluru yang kemungkinan datang bersamaan dengan pesawat kargo Israel,'' kata Hamdani.

[Republika Online]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.