Minum peluh orang lain mungkin nampak buruk, tetapi mesin yang mengambil pakaian yang sarat dengan peluh dan mengubah kelembapannya kepada air minuman telah dilancarkan di Sweden.
Peranti tersebut berputar dan memanaskan bahan itu untuk mengeluarkan peluh dan kemudian melepasi wap melalui membran khas yang direka untuk hanya membenarkan molekul air melewatinya, BBC melaporkan.
Sejak pelancarannya, penciptanya berkata, lebih 1,000 orang telah 'minum peluh orang lain' dalam bandar Gothenburg. Pakar-pakar berkata cecair itu adalah 'lebih bersih' daripada air paip tempatan.
Peranti ini dibina untuk Unicef untuk mempromosikan kempen menyerlahkan fakta bahawa 780 juta orang di dunia kekurangan akses kepada air bersih.
Mesin ini telah direka dan dibina oleh jurutera Andreas Hammar, yang dikenali penduduk tempatan di sana kerana penampilannya di TV rancangan teknologi iaitu 'Mekatronik'.
"Mereka mempunyai sesuatu yang serupa di Stesen Angkasa Antarabangsa untuk merawat air kencing angkasawan - tetapi mesin kami adalah lebih murah untuk dibina." kata beliau
[NDTV]
.
p/s: Bagus untuk dibekalkan kepada negara-negara yang kekurangan air seperti di Afrika. Semoga tiada lah tempat yang tidak cukup air minum nanti.
Hakikatnya, sumber alam telah sangat cukup untuk seluruh manusia di dunia ini dapat berkongsi makan dan minum. Akan tetapi, kerana wujudnya kapitalisme dan golongan-golongan manusia tamak dan yang kaya mahu jadi lagi kaya, maka yang miskin dan ketinggalan akan semakin merana lah.
Biasa lah manusia, nak kedarah nikmat dan harta benda bagi diri dan kroni sahaja. Orang lain? Ntah dipedulikan atau tidak. Sedangkan kita semua ini adalah anak cucu Nabi Adam a.s semuanya. Cobaan .......