Tiga syarikat di Republik Czech telah bekerjasama untuk membuat prototaip sebuah basikal elektrik yang mampu terbang.
Mesin menakjubkan ini dikawal dari jauh semasa dalam pembangunannya tetapi pereka berharap agar ia mampu membawa orang tidak lama lagi.
Mereka juga berharap teknologi bateri akan cukup maju untuk meningkatkan penerbangan lima minit yang ia mampu laksanakan dan membuat ciptaan ini dipasarkan.
"Oleh kerana kapasiti bateri berganda kira-kira setiap 10 tahun, kita boleh menjangkakan bahawa pada masa depan kapasiti akan cukup untuk basikal ini digunakan untuk sukan, pelancongan atau perkara yang sama," kata Milan Duchek, pengarah teknikal Duratec Bicycles.
Kelihatan seperti basikal mountain bike yang berat, ia mempunyai dua kipas di hadapan, dua yang lain di belakang dan satu di setiap sisi.
Keenam-enam enjinnya dikuasai oleh bateri.
"Ia bukan mudah (untuk mengawal) seperti model mainan atau RC (Remote Control). Ia satu perkara yang rumit, anda perlu mengambil kira bahawa beratnya adalah 95kg."
[Sky News]