Berita Terkini

Wallpaper Islamik - Ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq

Ahli ibadah jahil dan ulama fasiq - wallpaper islamik


Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.a.w., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.  [Hadits Riwayat Ibnu Ady]


Semoga kita jadikan hadits ini sebagai iktibar untuk muhasabah diri kita dan cuba menjauhkan diri dari menjadi seperti yang disebutkan, bukannya untuk kita melabelkan orang lain, menuduh-nuduh dan bersangka-buruk.

Fikirkanlah, sedangkan ahli ibadah yang jahil pun diberi amaran oleh nabi, apatah lagi orang jahil yang malas beribadah. Sudah lah malas, suka mengutuk ulama' dan maki hamun pula. Semoga kita dijauhkan dari bersifat sedemikian dan elakkan dari menjadi berani tidak bertempat dan tak tentu pasal. Semoga kita dapat menjadi orang yang bertaqwa dan beriman teguh.

Dan lagi antara hikmahnya, jika seorang ahli ibadah tapi jahil yang kuat beribadah, tetapi ntah betul ke tidak ibadah yang dia lakukannya. Orang lain menyangkanya seorang lebai dan akan mengikuti ibadah yang dia lakukan. Sedangkan kemungkinan besar ibadah-ibadah yang dilakukan tidak menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w akibat kejahilan orang tadi. Dia boleh menyebabkan orang lain tersasar dari landasan yang sebenarnya.

Begitulah juga dengan ulama' yang fasiq dan ulama suu' (ulama' jahat atau ulama' keduniaan), dia akan langgar hukum-hakam akibat cintakan dunia, kedudukan, pangkat, harta dan seumpamanya. Orang lain menyangkanya seorang yang berilmu, tetapi dia suka melanggar batas-batas syara' dan melakukan dosa-dosa besar. Dia juga boleh menyebabkan orang lain tersasar dari landasan yang benar. Na'uzubillahi min zaalik .......


Keterangan hadits oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

Nabi s.a.w. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedaya mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin belajar kerana bila dia belajar, dia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah s.w.t yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.