Rasulullah s.a.w memang dikenali identik dengan warna hijau. Sebenarnya, ada lagi warna-warna lain yang menjadi kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : "Yang amat disukai oleh Nabi s.a.w ialah warna putih."
Ibnu Hajar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi s.a.w memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya..."
Al Baihaqi meriwayatkan hadits dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah s.a.w berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat."
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata : "Pernah Nabi s.a.w keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu."
Imam Bukhari meriwayatkan hadits dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."
[sa/bakkah.net , Era Muslim]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)