Berita Terkini

90 peratus khidmat kerajaan secara online menjelang 2015

90 peratus khidmat kerajaan secara online menjelang 2015
Bernama melaporkan bahawa servis / perkhidmatan kerajaan akan disediakan secara online menjelang tahun 2015. Sangat bagus bunyinya, semakin memudah dan mempercepatkan kerja.

Cuma kena berhati-hati saja lah. Kerana golongan penjajah di luar sana tidak perlu menghantar bom dan peluru lagi di masa akan datang untuk menewaskan musuh, tapi hanya perlu serang secara online dengan menghantar virus, merosakkan data, seterusnya mengganggu perjalanan operasi dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga sebahagian golongan penggodam yang suka mengambil kesempatan dan mengintai peluang untuk mengaut keuntungan atau untuk kepuasan peribadi.

BERNAMA - Sebahagian besar atau 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan akan disediakan secara online menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, perkara itu ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai sejajar dengan usaha tranformasi perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan online dengan menggunakan sepenuhnya kepesatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Berucap pada seminar pemantapan perkhidmatan awam berkaitan perkhidmatan online kerajaan di sini hari ini, beliau berkata, dengan perencanaan dan pelaksanaan ICT yang sempurna, ia akan membolehkan perkhidmatan dapat ditawarkan lebih dekat kepada rakyat serta boleh dicapai dengan cepat, mudah dan mesra.

Beliau berkata, penggunaan sistem online dalam perkhidmatan awam adalah positif dan kajian berkaitan ICT yang dilakukan tahun lalu mendapati 35 peratus perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dilakukan secara online.

"Walaupun kajian menunjukkan indikator positif berkaitan transformasi digital sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa selesa." katanya pada seminar sehari yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Mohamad Zabidi berkata, usaha perlu sentiasa dipertingkatkan untuk merealisasikan transformasi digital ini semaksimum mungkin khususnya dalam sektor awam.

Katanya, bagi memastikan agensi berada di landasan transformasi yang betul, Mampu telah melaksanakan program penarafan bintang untuk menilai prestasi agensi-agensi perkhidmatan awam terutama dalam sistem penyampaian sejak 2008.

Ia juga sebagai pengiktirafan kepada agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selain menggalakkan persaingan sihat antara agensi dalam mengamalkan pengurusan yang berkesan.

"Kesan pelaksanaan penarafan bintang menunjukkan perubahan ketara iaitu daripada hanya satu kementerian yang mencapai taraf lima bintang pada 2008, melonjak kepada lapan kementerian pada 2010," katanya.

[BERNAMA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.