Bekas juara heavyweight tinju Mike Tyson akan berada di Festival City, Al Garhoud, Dubai bulan depan (21-22 Januari) untuk mempromosikan perlawanan tinju Arab.
Penganjur berkata hari Isnin bahawa Tyson akan hadir sebagai 'tetamu kehormat' untuk menonton 12 pertarungan yang menampilkan peninju lelaki dan perempuan dari Timur Tengah dan Eropah.
Senarai peninju yang mengambil bahagian dalam World Arab Boxing Championships itu akan dikeluarkan pada akhir bulan ini. Persekutuan Tinju Arab berkata Tyson dibayar $160,000 dolar untuk tampil.
[The Washington Post , Gulf News]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)