TORONTO - Pertemuan terbesar umat Islam yang diadakan di Toronto, 23-25 Disember lalu berjaya memikat ribuan peserta yang hadir. Jumlah peserta yang hadir di peringatan satu dekad pertemuan ini memecahkan rekod peserta terbanyak.
Lebih dari 20,000 orang berkumpul di Metro Convention Centre, Toronto hujung minggu lalu, untuk mendengar ceramah dari para ulama. Tema "Tiga Cara, Satu Dunia, Pilihan kami" dipilih untuk mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi manusia yang telah melampaui batas-batas budaya, agama bahkan intelektual.
Pembicara membincangkan topik mulai dari soal keimanan, keluarga, krisis persekitaran hingga Arab Spring. Sarjana terkenal Australia, Dr Tawfique Chowdhury mengajak peserta untuk selalu memperbaiki hubungan dengan Allah. "Jika anda benar-benar mencintai Allah, Allah akan mencintaimu," kata Chowdhury seperti dikutip onislam.net. Ia menekankan bahawa Allah jauh lebih mencintai hambaNya berbanding cinta yang boleh diberikan oleh manusia.
Ulama lain, Prof Tariq Ramadan dari Switzerland mengajak peserta pertemuan untuk sentiasa melakukan pembaikan diri. "Allah meminta kita untuk berubah dan menjadi salah satu bahagian dari orang-orang yang mengubah dunia," ujarnya. Tentang pembaikan diri juga turut diberikan oleh ulama dari Yaman, Habib Ali Al-Jifri. Dia menekankan segala masalah yang ada sesungguhnya berasal dari diri sendiri, dan masing-masing individu yang boleh menyelesaikannya. Para peserta juga diingatkan untuk sentiasa dekat dengan Al-Quran.
Dalam hal persekitaran, ulama mengingatkan agar manusia selalu menjaga alam. "Allah telah mencipta dunia sedemikian rupa." Manusia yang diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi harus sentiasa menjaga alam. "Seekor semut pun dijaga oleh Allah," ujar ulama itu.
Ramainya muslim yang turut hadir di acara ini, diharapkan boleh menjadikan umat Islam mampu menyumbang lebih banyak kepada Kanada. Menurut pengasas dan pengarah konvensyen, Fouzan Khan, jualan tiket untuk mengikuti konvensyen tersebut ditutup pada Sabtu (24/12) malam kerana jumlahnya telah mencapai kapasiti yang boleh ditampung.
Di Kanada, jumlah Muslim mencapai sekitar 2.8 peratus daripada 32.8 juta penduduk Kanada. Pada tahun 2030, populasi Muslim diharapkan akan naik hingga 6.6 peratus.
[On Islam , Republika]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)