Brock Lesnar, bekas ahli gusti WWE, dan bekas juara heavyweight UFC, telah kalah pada Alistair Overeem dalam perlawanan terbaru UFC 141 main event.
Hanya dalam masa 2 minit 26 saat, lelaki tegap itu tumbang di tangan Overeem setelah banyak kali kena buah lutut, tendangan dan tumbukan dalam pusingan pertama saja.
Selepas pertarungan itu, Lesnar mengumumkan persaraan beliau dari seni mempertahankan diri bercampur-campur. Ditambah lagi beliau telah berjanji dengan isterinya, kalau kalah pertarungan ini dia akan bersara.
"Saya akan secara rasmi mengatakan bahawa malam ini adalah kali terakhir anda akan melihat saya dalam Octagon," kata Lesnar. Kemudian, katanya, "Brock Lesnar secara rasminya bersara."
Brock Lesnar baru menjalani pembedahan lutut dalam bulan Mei lalu.
Kesian pulak dengar luahan Brock Lesnar selepas perlawanan. Setegap-tegap dan segagah Brock Lesnar pun, boleh tumbang dalam masa 2 minit lebih saja.
Manusia memang lemah saja, cuma kadang-kala manusia merasa diri terlalu kuat sehingga lupa bahawa kulit kita semua ini hanya lembik, begitu juga dengan organ-organ dalaman kita ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)