Berita Terkini

RM16,000 belanja bedah kosmetik, tapi hidung wanita Singapura jadi hitam

Contoh komplikasi akibat pembedahan rhinoplastry

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Impian seorang wanita Singapura untuk memiliki wajah yang cantik dan susuk tubuh yang menawan menerusi pembedahan kosmetik mengundang padah apabila terpaksa menanggung derita.

Wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali Madam Kuo terpaksa menanggung kesakitan selepas menjalani pembedahan ‘rhinoplastry’ iaitu pembentukan semula hidung di sebuah pusat kecantikan di Petaling Jaya pada September lalu.

Wanita berkenaan kini menderita apabila hidungnya kini mengalami jangkitan kuman dan bertukar kehitam-hitaman selain menghadapi kesukaran bernafas.

Berikutan kejadian malang itu, wanita berkenaan membuat aduan mengenai rawatan yang diterima dari pusat kecantikan tersebut di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini.

Ketua biro berkenaan Datuk Michael Chong dipetik Bernama Online, berkata wanita itu membelanjakan RM16,000 untuk pembedahan kosmetik bagi memancungkan hidungnya, menyedut lemak bagi melangsingkan tubuh badan serta pemutihan wajah.

Katanya prosedur perawatan itu dilakukan oleh seorang terapis kecantikan pada 14 September lalu.

“Terapis berkenaan menyuntik asid hialuronik di pangkal batang hidung dan selepas prosedur itu, dia mengadu rasa pening dan hidungnya bertukar warna kehitaman,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya wanita berkenaan kemudian mendapatkan rawatan kedua di pusat berkenaan pada 1 Oktober lalu bagi mengatasi rasa tidak selesa dan selepas diberi minuman glukosa dan manisan, hidungnya menjadi bengkak.

“Terapis itu tidak memberi sebarang nasihat atau rawatan susulan walaupun jelas keadaan hidungnya yang hitam dan selepas beberapa minggu selepas sesi rawatan kedua, wanita berkenaan mendapati hidungnya bernanah dan berair,” katanya.

Chong berkata peguam MCA akan membuat laporan polis secepat mungkin terhadap kecuaian pusat kecantikan itu.

Beliau menasihatkan orang awam khususnya golongan wanita supaya memastikan pusat berkenaan mempunyai akuan memadai dan terapis yang bertauliah sebelum mendapatkan perawatan kecantikan.

[The Malaysian Insider]


Jangan tukar kurniaan Tuhan pada kita. Jika tidak dapat balasan di dunia, nanti di dalam kubur dan di akhirat akan lagi teruk kena balasan, kerana tidak bersyukur, tidak puas hati serta melawan dan mengubah kurniaan Tuhan pada kita, na'uzubillah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.