Tak lah banyak sangat koleksi duit syiling lama saya ni, saja berkongsi kut-kut ada yang mahu tengok. Kebanyakan duit syiling ini tidak lah lama sangat, tapi saya pilih antara yang bertarikh bawah dari tahun 1970.
Amerika Syarikat (USA)
Five cents Amerika Syarikat tahun 1927 - Saiz 20mm
One cent tahun 1891 - Saiz 18mm
Jerman (Germany)
10 pfennig Jerman tahun 1876 - Saiz 20mm
1 Baht (1962) - Saiz 25mm
1 Shilling Great Britain tahun 1954
Malaya (Malaysia)
Malaysia 50 sen 1967 - Size 27 mm. Security edge
Malaya and British Borneo 1 cent 1962 - Size 17 mm
Malaya and British Borneo 1 Cent 1957 (1956 - 1961) - Size 20 mm
Commisioners of Currency Malaya 1 Cent 1945 (1943 - 1945) - Size 20 mm
Malaya and British Borneo 1 Cent 1957 (1956 - 1961) - Size 20 mm
Commisioners of Currency Malaya 1 Cent 1945 (1943 - 1945) - Size 20 mm
Arhat memorial coin China - Saiz 40 mm
Duit di atas ini bukan duit Riyal Tongkat, tapi mungkin boleh dipanggil Riyal Tongkat Cina :D.
India
25 paise india 1961 - muka belakang
25 paise india 1961 - muka depan
Indonesia
Duit Syiling Indonesia - 50 Sen 1952
2 1/2 Sen (Se perempat Rupiah) 1945 - Zaman Belanda
Pitis Palembang (1776 - 1804) - diperbuat dari timah dan dicetak sebelah muka sahaja.
1 Qirsh tahun 1378 Hijrah / 1954 Masihi - Saiz 21 mm
Nisfu Qirsh tahun 1356 Hijrah / 1942 Masihi - Saiz 23 mm
Nisfu Qirsh tahun 1356 Hijrah / 1942 Masihi - Saiz 23 mm
Belanda (Netherlands)
1 cent tahun 1878 - Saiz 18 mm
Sila lihat juga Koleksi wang kertas lama dan luar negara
p/s: Tips mencerahkan duit syiling lama yang berkarat dan gelap. Hanya rendam dalam cuka (cuka botol yang orang Melayu biasa makan, bukan cuka buah). Dalam masa beberapa minit sahaja, duit akan cerah balik insyaAllah, tanpa perlu digosok. Kalau digosok dengan berus gigi lagi cepat.
Cuka memang tajam, bayangkan kalau setiap hari kita makan cuka, bahagian dalam perut mungkin akan terhakis sedikit demi sedikit (mungkin boleh menyebabkan gastrik, ulser dan sebagainya kerana luka). Tapi kalau makan sekali-sekala mungkin perut sempat pulih dulu (tapi sebaiknya tak payah makan lah).
Jangan digosok duit syiling dengan berus besi atau disental pada tempat-tempat keras sewenang-wenangnya, kerana duit akan bercalar dan mungkin akan susut nilai.
Kemudian bagi duit silver (perak), hanya gosok dengan berus gigi yang diletak ubat gigi. Tak perlu pergi jumpa pakar atau letak ubat mahal-mahal. Wallahu a'lam. :-)