Berikut adalah gambar beberapa keping duit syiling luar negara dari negara pertama yang saya kongsikan di sini iaitu Great Britain. Saya susun mengikut versi yang terbaru dari atas. Tetapi koleksi ini tidak lengkap, cuma setakat yang saya simpan. Jika ada penambahan dalam koleksi ini nanti, insyaAllah akan diupdate.
Koleksi duit syiling Great Britain
5 Pence tahun 1990
2 Pence tahun 1996
1 Penny tahun 1994
Keluaran lebih lama
50 Pence tahun 1980
10 Pence tahun 1968
5 Pence tahun 1969
2 Pence tahun 1971
1/2 Penny tahun 1977
Keluaran lebih lama
2 Shillings tahun 1951
1 Shilling tahun 1954
Beberapa istilah pada duit
Ilmu tentang matawang dan duit ini dipanggil Numismatic. Ianya termasuklah duit syiling, duit kertas, token dan seumpamanya.
PF = duit syiling yg ditempa khas & boleh dibezakan dari corak bentuk yang terperinci dan biasanya permukaan duit syiling PF berkilau bagaikan cermin. PF merujuk kepada cara penempaan & bukan 1 keadaan duit syiling.
BU = kehadiran kesan sentuhan yang jelas @ kecacatan di kawasan tumpuan utama. Kilauan mungkin berkurangan.
UNC = tiada kesan kelusuhan tetapi mungkin memaparkan beberapa kesan sentuhan, & permukaan mungkin berbintik @ kehilangan sedikit kilauan.
EF = kelusuhan ringan di keseluruhan reka bentuk tetapi kesemua ciri-ciri masih mendadak. Kesan kilauan masih kelihatan. [CariGold]