Google telah membaik-pulih cara ia menyediakan hasil sebagai tindak balas kepada pertanyaan carian.
Kemas kini ini direka untuk berfungsi sama ada seseorang itu mahu hasil atau data sejarah yang up-to-date.
Firma AS itu menganggarkan apa-apa perubahan kepada algoritma terasnya akan membuat perubahan kepada kira-kira 35% daripada carian.
Perubahan-perubahan itu cuba untuk membuat keputusan yang lebih relevan dan terkini serta memenuhi ciri-ciri yang mana Google percaya membuatkannya lain daripada pesaing-pesaing. Sebagai contoh, jika maklumat yang dicari berkenaan berita terkini dan aktiviti semasa, Google akan memberi keutamaan kepada post yang baru dikemas-kini.
Google juga telah mengumumkan bahawa ia akan mengindeks komen yang dibuat melalui Facebook. Bermakna komen-komen yang dibuat dalam Facebook atau menggunakan kotak komen Facebook mungkin akan keluar dalam enjin pencari nanti.
Salah satu pasukan carian Google telah 'Tweet', "Googlebot terus semakin bijak. Sekarang mempunyai keupayaan untuk mengindeks beberapa komen yang dinamik".
Sebaliknya, enjin carian Microsoft Bing menekankan carian sosial.
[BBC News , Mail Online , TG Daily]
Semakin kurang 'privacy' nampaknya. Maka hati-hati lah membuat komen di Facebook, kerana nanti semua orang berpeluang untuk jumpa dan membacanya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)