Seorang gadis Cina belajar bagaimana untuk mencipta reka bentuk jahitan silang (menyulam) yang rumit walaupun telah kehilangan jarinya dalam kemalangan.
Jiangya Peng, 24, kehilangan semua jarinya apabila dia jatuh ke dalam dapur api yang menjulang-julang di rumah ketika ibu bapanya telah keluar. Keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membayar pembedahan mahal yang perlu untuk membina semula tangannya.
"Semasa saya kanak-kanak, saya tidak dapat memegang penyepit. Ibu bapa saya mengajar saya untuk masa yang lama. Ia benar-benar sukar, tetapi saya berjaya mengharunginya. " Puan Peng berkata.
Ketika masih kanak-kanak, dia melihat corak sulaman dan menjadi minat untuk mempelajari bagaimana untuk mencipta kerja-kerja seni sendiri. Dia menggunakan tangannya untuk memegang dan cucuk benang pada jarum dan melalui berjam-jam latihan dia kini telah mencapai kelajuan yang lebih cepat daripada orang yang cukup anggota tubuh.
Kampung halaman Peng iaitu Yinjiang Tujia di kaki Pergunungan Fanjing di Dataran Tinggi Yunnan-Guizhou telah menjadi tarikan kepada pelancong.
[The Telegraph - 4 Nov 2011]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)