Bongkar rahsia, bagaimana mereka lakukan silap mata?

Sepertimana trik-trik yang dilakukan dalam sukan gusti, begitulah juga dalam permainan silap mata. Mungkin ramai dari dulu hingga sekarang yang merasakan bahawa David Copperfield, Criss Angel, David Blaine, Dan Sperry dan sebagainya tu adalah ahli sihir yang menggunakan bantuan jin.

Sebenarnya, silap mata yang dibuat di atas pentas atau di jalanan, hanyalah menggunakan kemahiran untuk menipu, props (alat-alat) untuk menipu dan mencipta ilusi-ilusi yang menipu mata manusia.

Ditambah lagi dengan jurukamera yang memang sudah berpakat, dan bagi trik-trik tertentu, penonton-penonton ada yang sudah dibayar, untuk masuk ke rancangan televisyen. Tetapi kebanyakan trik yang senang dibuat, memang digunakan penonton orang awam yang tiada kaitan.

Dan ianya perlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang giat, bukannya senang mahu lakukan banyak trik silap mata, lebih-lebih lagi yang pelik-pelik.

Dibantu pula oleh teknologi yang macam-macam dah ada, kerana itulah silap-silap mata zaman sekarang pun semakin canggih. Lihat saja silap mata zaman dulu, tak canggih mana kalau dibandingkan dengan zaman sekarang. Maka antara kunci kecanggihan silap mata ialah TEKNOLOGI.

Apa-apa pun don't try these at home, kerana ada bahaya-bahayanya ..


David Copperfield lakukan persembahan silap mata mengerat tubuhnya dengan gergaji letrik besar. Lihat di bawah untuk mengetahui rahsianya.



Teknik yang digunakan oleh David Copperfield untuk mengerat tubuh. Teknik yang lebih kurang sama juga digunakan, seperti video Magic's Biggest Secrets Finally Revealed, iaitu yang kedua dari bawah nanti

Perhatikan meja itu dibuat 2 lapisan, yang jika dilihat dari tepi, seolah-olah ianya nipis dan tidak muat untuk tubuh manusia. Sedangkan jika digabungkan ketebalan lapisan bawah, dengan ruang di tengah-tengah dan lapisan atas, sudah tentu akan muat tubuh manusia. Itu hanyalah teknik memberikan kekeliruan ilusi pada manusia.



Alat yang digunakan untuk gergaji tubuh (kononnya) memang dicipta khas



Teknik yang digunakan oleh Criss Angel , dimana kereta giling melenyek tubuhnya di atas kaca-kaca

Jalan ditebuk lubang, kemudian diletak hamparan di atasnya. Kaca-kaca yang ditaburkan adalah kaca-kaca palsu seperti yang digunakan dalam filem-filem Hollywood.



Kaedah mencucuk lengan dengan besi



Ahli silap mata berjalan atas air, seperti yang Criss Angel lakukan



Pendedahan teknik David Copperfield dalam rancangan America's Got Talent, memendekkan tubuh



Criss Angel melepasi pagar besi



Dan Sperry membuat meja terapung. Sebenarnya trik mengapungkan meja ini sudah lama dibuat oleh orang-orang Jepun.



Bagaimana mengapungkan meja



Secrets of Street Magicians - Part 1/5. Sambungannya di Youtube dengan klik link dalam video



Magic's Biggest Secrets Finally Revealed









Magic's Biggest Secrets Finally Revealed. Sambungannya di Youtube



Criss Angel (menjadi juri) bertengkar dengan peserta rancangan Phenomenon iaitu Jim Callahan. Criss tidak percaya Jim ada kuasa untuk berhubung dengan orang yang sudah mati. Criss sendiri mengakui dia tidak ada kuasa, dan apa yang dilakukan selama ini hanyalah trik untuk hiburan semata-mata.



Dan macam-macam lagi lagi .......

Maka setakat yang saya nampak, Allah Ta'ala tidak memberi kuasa kepada jin dan syaitan untuk mengerat tubuh manusia dan mencantumkannya kembali. Tidak sampai ke tahap itu pun keupayaan para jin dan syaitan.

Tetapi biasanya jin hanya dapat menyerupai sesuatu, terbang dan masuk ke dalam tubuh manusia. Kerana ada jin yang seperti elektrik yang boleh mengalir dalam urat darah manusia. Kemudian jika mendapat arahan dari tukang-tukang sihir, maka jin tersebut dapat merosakkan urat saraf manusia, mengganggu perjalanan organ-organ dalam tubuh dan sebagainya.

Kerana itulah sihir yang menggunakan perantaraan jin sangat merosakkan kehidupan manusia.

Ingat kembali sejarah Nabi Musa a.s berhadapan dengan ahli-ahli sihir Firaun. Dimana ahli-ahli sihir Firaun kononnya menukarkan tongkat mereka menjadi ular. Itu mungkin hanya kaedah mengelirukan mata orang. Kerana mungkin para jin yang bertukar rupa menjadi ular-ular tersebut. Atau tidak mustahil juga mereka menyembunyikan ular-ular di dalam pakaian mereka, yang kemudiannya melakukan trik seolah-olah tongkat bertukar menjadi ular.

Tetapi yang NYATA adalah mukjizat. Iaitu mukjizat Nabi Musa a.s melemparkan tongkatnya, dimana tongkatnya bertukar menjadi ular raksaksa yang menelan kesemua ular ahli-ahli sihir tersebut.

Dan kerana itulah ahli-ahli sihir tersebut terus beriman dengan Nabi Musa a.s, kerana mereka melihat satu HAKIKAT / KENYATAAN. Sedangkan mereka hanya menipu daya pandangan mata manusia.

Bayangkan, orang zaman sekarang yang terpelajar dan bijak pandai pun boleh tertipu dan terpedaya dengan persembahan ahli silap mata, apatah lagi orang zaman dulu kala.

Wallahu a'lam ....... :)


Artikel berkaitan:
Newer Posts Older Posts
Boleh copy, Unikversiti tapi mesti sertakan sumber dari sini. Segala berita dan iklan dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian kami. Jika ada salah dan silap harap maafkan, dan sila beri teguran membina dengan beradab dan berakhlak baik, bukan teguran membabi-buta tanpa usul periksa. Setiap berita tidak semestinya betul belaka. Yang 100% betul hanyalah AlQuran. Maka kaji dan tapislah berita dengan berhikmah :) Template Modified by Unikversiti | Designed By Code Nirvana
Back To Top