Para saintis telah membuka kunci beberapa rahsia bagaimana otak berkait dengan tekanan - membuka jalan untuk ubat yang memudahkan kenangan pahit.
Dalam masa sedekad, kita mungkin boleh mempunyai pil yang akan membantu mereka yang dihantui oleh kemalangan kereta, serta penghidap fobia.
Penyelidikan Universiti Leicester juga boleh menyediakan asas untuk rawatan baru untuk kemurungan.
[Mail Online - 4 Oktober 2011]
Pil yang dicipta itu berbau tidak ubah seperti pil khayal / ectasy. Walaupun ianya mungkin tidak mengkhayalkan, tetapi boleh bermain dengan fungsi-fungsi dalam otak. Silap-silap haribulan, memori-memori otak yang penting pun boleh hilang.
Ada kemungkinan-kemungkinan bahaya juga kajian-kajian baru ini bagi manusia, walaupun adakalanya nampak macam bagus, tapi kesan di sebaliknya yang mungkin membawa keadaan lebih buruk. Maka setiap kita mesti berhati-hati, sentiasa mengkaji dan belajar, dan tawakkal pada Allah lah.
Kita memang digalakkan berbaik sangka pada manusia, tetapi pemikiran kritis juga mesti ada (ini termasuk dalam bab berhati-hati terhadap suatu yang buruk). Umpamanya jika kita mahu pergi beli barang makanan di kedai, takkan kita nak bersangka baik semuanya tak kira halal haram. Fikir-fikirkan .......
Bagi umat Islam, cara terbaik untuk mengelakkan kemurungan ialah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, kuatkan iman dan amal, insyaAllah jika dibuat betul-betul dan yakin, akan dapat mengatasi kemurungan.

Macam-macam fitnah boleh berlaku pada akhir zaman ini, akibat dari manusia cuba untuk 'Play God'.